awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NRES: Pembangunan ladang solar terapung di atas badan air sedang diteliti

Bernama
Bernama
28/08/2024
21:00 MYT
NRES: Pembangunan ladang solar terapung di atas badan air sedang diteliti
NRES dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan telah menerima permohonan daripada kerajaan negeri untuk mendapatkan input atau ulasan terhadap pembangunan ladang solar terapung tersebut. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pembangunan ladang solar terapung di badan air melibatkan kawasan empangan bekalan air minuman dan saliran pengairan pertanian, sedang diteliti Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS).
NRES dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan telah menerima permohonan daripada kerajaan negeri untuk mendapatkan input atau ulasan terhadap pembangunan ladang solar terapung tersebut.
"Secara dasarnya, pembangunan ladang solar sama ada di atas tanah atau terapung di atas badan air tidak tersenarai sebagai aktiviti yang ditetapkan dan tidak tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (aktiviti yang ditetapkan), Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 2015.
"Dalam hal ini, dari segi perundangan di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, pembangunan ladang solar tidak memerlukan pelaksanaan kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA)," menurut kenyataan itu.
NRES turut menasihatkan pihak yang berminat untuk membangunkan ladang solar terapung membuat semakan lanjut berhubung komponen projek berpotensi yang tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, seperti pembinaan rentis baharu bagi talian pemancar di kawasan sensitif alam sekitar.
Pihak yang berminat juga turut disaran merujuk peraturan dan garis panduan sedia ada yang berkuat kuasa di bawah mana-mana jabatan atau agensi yang berkaitan sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri.
Kementerian itu memaklumkan pembangunan ladang tersebut harus dilaksanakan dengan baik menggunakan kaedah, reka bentuk dan teknologi yang sesuai serta melaksanakan langkah kawalan bagi memastikan kelestarian alam sekitar tidak terjejas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#bekalan air
#NRCS
#Ladang Solar Terapung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan