awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NRES terus kerjasama dengan kerajaan negeri bendung aktiviti perlombongan haram

Bernama
Bernama
14/03/2024
06:48 MYT
NRES terus kerjasama dengan kerajaan negeri bendung aktiviti perlombongan haram
Nik Nazmi berkata siasatan masih dijalankan untuk memastikan sekiranya terdapat sebarang pengeluaran bahan nadir bumi di tapak Kompartmen 411, Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam membendung aktiviti perlombongan haram.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata siasatan masih dijalankan untuk memastikan sekiranya terdapat sebarang pengeluaran bahan nadir bumi di tapak Kompartmen 411, Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis.
Beliau menjelaskan bahawa kenyataannya pada Isnin lepas di Dewan Rakyat adalah berhubung aktiviti perlombongan haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis.
"Kompartmen 411, Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis telah dikenal pasti sebagai tapak perlombongan haram pada Mac 2023.
"Ini kerana hasil siasatan mendapati bahawa penemuan alatan dan barang-barang makmal yang digunakan menunjukkan kawasan tersebut adalah untuk melombong unsur nadir bumi (REE)," katanya.
Pada sidang Dewan Rakyat Isnin lepas, Nik Nazmi ketika menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur), berkata kira-kira 16,000 tan nadir bumi oksida dilombong secara haram di beberapa negeri di Malaysia dan dieksport ke China.
Nik Nazmi dilaporkan berkata perlombongan haram itu dijalankan di hutan simpan di Sik, Kedah; Lipis, Pahang; Pengkalan Hulu dan Kuala Kangsar, Perak; serta di tanah milik persendirian di daerah Meranti dan Jelebu, Negeri Sembilan.
Semalam Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan berlaku pengeluaran unsur nadir bumi bukan radioaktif secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
#Nik Nazmi
#kerjasama dengan kerajaan negeri
#perlombongan haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan