awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NS cadang beri lot tanah kepada generasi kedua, ketiga Felda

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2022
22:15 MYT
NS cadang beri lot tanah kepada generasi kedua, ketiga Felda
AMINUDDIN: Usaha ini diyakini akan menggalakkan lebih ramai anak muda tinggal di kampung, boleh mengusahakan ladang sedia ada. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bercadang memberikan lot-lot tanah rizab kerajaan negeri di kawasan Felda kepada generasi kedua dan ketiga tanah rancangan berkenaan bagi bertujuan membina rumah.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, generasi kedua dan ketiga ini akan membina rumah itu mengikut kemampuan dengan kos ditanggung sendiri.
"Usaha ini diyakini akan menggalakkan lebih ramai anak muda tinggal di kampung, boleh mengusahakan ladang sedia ada.
"Kita sedia maklum hari ini kekurangan tenaga buruh, mereka boleh bangunkan kawasan sendiri dengan perniagaan masing-masing serta tinggal dengan keadaan lebih selesa dan membangunkan sendiri Felda," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Sembilan pada Rabu.
Beliau berkata, kerja mengukur lot-lot tanah ini akan bermula dalam masa terdekat dan paling lewat awal tahun depan sebelum ia diberikan kepada generasi kedua dan ketiga ini. Apa yang penting mereka akan bina rumah sendiri mengikut kemampuan mereka.
"Sebagai permulaan kita telah mengenal pasti satu kawasan dulu iaitu di Felda Palong 12 melibatkan tanah seluas 5.8 hektar.
"Setiap lot berkeluasan 4,000 kaki persegi yang akan dimanfaatkan kira-kira 100 pemohon dalam kalangan generasi berkenaan.
"Majlis pecah tanah dijangka dilaksanakan pada bulan Oktober ini dan Ia merupakan projek perintis sebelum dikembangkan ke kawasan Felda yang lain," katanya.
Dalam pada itu, Aminuddin turut menjelaskan syarat-syarat pemilikan lot tanah itu belum diputuskan dan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Aminuddin bagaimanapun memaklumkan keutamaan diberikan anak peneroka yang tinggal bersama ibu bapa di kawasan tersebut telah berkahwin serta masih tidak memiliki rumah sendiri dan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#Felda
#generasi kedua dan ketiga
#lot tanah rizab kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan