awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NS mohon warga emas terima vaksin secara 'walk-in'

Bernama
Bernama
19/07/2021
20:19 MYT
NS  mohon warga emas terima vaksin secara 'walk-in'
Vaksin adalah satu-satunya jalan keluar dari pandemik ini, kata Exco Kesihatan S. Veerapan. - Gambar hiasan/BERNAMA
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memohon pertimbangan kerajaan Persekutuan untuk membenarkan semua warga emas berumur 60 tahun ke atas di negeri ini mendapatkan suntikan vaksin secara 'walk-in' atau tanpa janji temu seperti dilaksanakan di Lembah Klang.
Exco Kesihatan S. Veerapan berkata ini susulan kes positif COVID-19 di negeri ini mencecah angka melebihi 1,000 kes setiap hari sejak 13 Julai lepas.
"Keadaan ini amat membimbangkan, justeru pada pendapat saya vaksin adalah satu-satunya jalan keluar dari pandemik ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Media melaporkan Operasi Lonjakan Kapasiti yang kini dilaksanakan di Lembah Klang akan diperluaskan ke kawasan utara di Negeri Sembilan, selatan Perak dan barat Pahang, sebagai tindakan segera menangani kenaikan kes positif secara mendadak di negara ini.
Pada Isnin, Negeri Sembilan merekodkan 1,340 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 62,369 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#suntikan
#kes positif
#Negeri Sembilan
#warga emas
#COVID-19
#Operasi Lonjakan Kapasiti
#S Veerapan
#Lembah Klang
#tanpa janji temu
#walk-in
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan