awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

N.Sembilan contoh pembangunan TN50 - Khairy

Bernama
Bernama
10/05/2017
04:35 MYT
N.Sembilan contoh pembangunan TN50 - Khairy
Negeri Sembilan bakal menjadi negeri contoh kepada pembangunan Transformasi Nasional 2050 (TN50) menerusi pelaksanaan Malaysia Vision Valley (MVV).
Negeri Sembilan bakal menjadi negeri contoh kepada pembangunan Transformasi Nasional 2050 (TN50) menerusi pelaksanaan Malaysia Vision Valley (MVV), kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata MVV yang merupakan pembangunan metropolis bertaraf antarabangsa, sudah pastinya mampu menyediakan prasarana dan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat di negeri ini khususnya dan Malaysia amnya.
"MVV adalah pembangunan yang nanti boleh dibanggakan oleh rakyat Negeri Sembilan," katanya pada siri dialog TN50 peringkat Negeri Sembilan di sini, malam ini.
Berucap di hadapan 1, 400 hadirin, Khairy yang bertindak sebagai moderator siri dialog berkenaan, berkata MVV adalah contoh projek futuristik yang mampu menjana pendapatan dan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata MVV yang meliputi kawasan seluas 153,000 hektar merangkumi Seremban dan Port Dickson, akan dibahagikan kepada lima kluster strategik iaitu ''Central Business District'', ''Nature City'', ''Edu-Tech Valley,'' ''Tourism and Wellness'' serta ''New Liveable Township''.
Selain itu, beliau berkata pembangunan MVV juga akan dilengkapi dengan jaringan sistem pengangkutan tercanggih seperti trem, MRT, LRT dan Express Rail Link (ERL) bagi memastikan rakyat mendapat kemudahan yang terbaik.
"Kita telah lihat bahawa penyumbang kepada peningkatan kos sara hidup sebahagiannya adalah pengangkutan awam yang mana kita terpaksa membeli kereta melalui sewa beli, membayar tol dan minyak.
"Sebanyak 40 peratus kos sara hidup adalah kerana pengangkutan awam, " katanya.
Mengenai Port Dickson, Mohamad berkata sebuah lebuh raya dirancang untuk dibina menghubungkan daerah itu dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Port Dickson, kita akan tambak laut di kawasan berlumpur (Lukut) di kawasan seluas 6,000 ekar untuk kita wujudkan satu perbandaran baharu dan akan wujudkan lebuh raya Port Dickson-KLIA serta komuter dari Seremban-Port Dickson akan dihidupkan semula dengan penambahan lima stesen yang akan dibuat secara pembiayaan swasta," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata MVV yang merupakan pembangunan terancang dan inklusif akan memberi faedah besar kepada masyarakat.
TN50 yang dilancarkan pada 19 Jan lepas, digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Malaysia Vision Valley
#MVV
#Negeri Sembilan
#pembangunan metropolis
#TN50
#Transformasi Nasional 2050
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan