awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NUBE rayu cuti raya tambahan untuk pekerja sektor kewangan

Bernama
Bernama
02/07/2016
06:09 MYT
NUBE rayu cuti raya tambahan untuk pekerja sektor kewangan
Solomon mendakwa jika mereka diarahkan bekerja pada hari berkenaan, produktiviti akan terjejas. - Gambar fail
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) merayu kerajaan dan Bank Negara Malaysia menimbang meluluskan pelepasan tambahan pada 8 Julai untuk pekerja dalam sektor kewangan.
Setiausaha Agungnya J. Solomon berkata cuti yang dipohon itu tidak akan menjejaskan sektor berkenaan memandangkan jabatan-jabatan kerajaan juga ditutup pada hari berkenaan.
Solomon mengulas pengumuman oleh kerajaan bahawa penjawat awam persekutuan dan negeri yang hari bekerja biasa dari Isnin hingga Jumaat, diberikan pelepasan khas pada 8 Julai jika hari Raya disambut pada 6 Julai.
Beliau memberitahu Bernama bahawa sekolah juga ditutup selama seminggu dan wajarlah pekerja bank dibenarkan menikmati pelepasan tambahan untuk bersama keluarga dan rakan mereka.
Solomon mendakwa jika mereka diarahkan bekerja pada hari berkenaan, produktiviti akan terjejas 'kerana mereka berada dalam mood beraya, mahu balik awal untuk bersama keluarga dan rakan'.
"Justeru, adalah lebih wajar jika mereka diberikan pelepasan supaya dapat kembali bekerja dengan gembira selepas berehat," katanya.
Dalam pekeliling, Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pelepasan khas itu hanya untuk tahun ini dan tidak dijadikan turutan atas apa sahaja tujuan pada masa depan.
Sementara itu, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia berkata majikan sektor swasta tidak perlu mengikuti langkah kerajaan kerana pelepasan itu tidak diwartakan.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Bank Negara
#hari raya
#J. Solomon
#Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank
#NUBE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan