KUALA LUMPUR: Nuklear Malaysia sedang meneliti potensi kerjasama dengan beberapa syarikat swasta dan universiti tempatan melalui Perkongsian Awam-Swasta (PPP) bagi membangunkan penyelidikan dan kepakaran dalam bidang pengekstrakan nadir bumi.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, dalam konteks penyelidikan dan pembangunan (R&D), Nuklear Malaysia telah tersedia seramai 30 penyelidik daripada pelbagai bidang termasuk keselamatan sinaran.
“Ini termasuk melaksanakan aktiviti R&D dalam pemprosesan mineral dan pengekstrakan unsur nadir bumi. Selain itu, Nuklear Malaysia turut terlibat dalam bidang huluan iaitu aktiviti eksplorasi dan pemetaan unsur nadir bumi (REE),” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Arthur berkata, dalam aspek kawal selia pula, Jabatan Tenaga Atom menguatkuasakan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan mengiktiraf Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) melalui skim persijilan PPS.
Sehingga kini, Jabatan Tenaga Atom telah mengiktiraf seramai 1,268 orang PPS yang terlatih dalam bidang keselamatan dan sekuriti nuklear bagi membantu pemegang lesen termasuk dalam industri pemprosesan bahan mineral yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi mematuhi aspek perundangan yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Arthur berkata, MOSTI sedang mempergiat pelaksanaan pelaburan swasta atau dana alternatif melalui Malaysia Science Endowment (MSE).
Ia sejajar usaha mencapai sasaran Perbelanjaan Kasar Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) sebanyak 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025.
Sementara itu ketika penggulungan untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menteri berkenaan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sejak Januari hingga Ogos tahun ini kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM1.6 bilion kepada lebih 530,000 penerima bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Beliau berkata, sejak tahun lepas, kriteria asas bagi kelayakan skim bantuan kebajikan itu adalah mengguna pakai nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019, iaitu RM1,169 sebulan.
"Pertimbangan untuk menentukan kelayakan adalah menggunakan dua kaedah bagi menilai gambaran sebenar yang lebih wajar iaitu pertama, PGK Purata Isi Rumah Semasa dan kedua PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
"Antara penilaian lain ialah aspek sokongan sosial keluarga secara menyeluruh seperti tanggungan keluarga, masalah kesihatan yang kronik, keperluan penjagaan yang rapi, psikososial dan sebagainya," katanya.
Nancy berkata, bagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) pula sebanyak RM8.05 juta bantuan kewangan disalurkan kepada 161 PAWE di seluruh negara dengan memberi manfaat kepada lebih 50,000 ahli dengan pelbagai latar belakang agama, bangsa dan sosioekonomi.
Beliau berkata, bantuan itu bukan bertujuan menanggung sepenuhnya operasi pusat berkenaan sebaliknya untuk menggalakkan setiap PAWE terus aktif melaksanakan aktiviti serta meringankan sedikit tanggungan kos operasi mereka.
Persidangan bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Nuklear Malaysia sedang meneliti potensi kerjasama dengan beberapa syarikat swasta dan universiti tempatan melalui Perkongsian Awam-Swasta (PPP) bagi membangunkan penyelidikan dan kepakaran dalam bidang pengekstrakan nadir bumi. - Gambar hiasan
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Capai aspirasi sifar karbon menjelang 2050, tenaga nuklear diperlukan - Agensi Nuklear
Nuklear Malaysia tidak menolak kemungkinan bahawa penggunaan tenaga nuklear mungkin diperlukan bagi proses penjanaan tenaga menjelang 2050.
MOSTI peruntuk RM15.73 juta dalam teknologi nuklear, tingkat hasil pertanian
Nuklear Malaysia memperuntukkan RM15.73 juta mulai 2016 hingga tahun ini dalam usaha mempergiatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.
Nuklear Malaysia teliti potensi kerjasama PPP bidang pengekstrakan nadir bumi
Ia bagi membangunkan penyelidikan dan kepakaran dalam bidang pengekstrakan nadir bumi.
Abdul Rahim dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia baharu
Dr Abdul Rahim Harun dilantik sebagai Ketua Pengarah agensi itu berkuat kuasa 11 April lepas menggantikan Dr Siti A'iasah Hashim yang telah bersara.
Nuklear Malaysia terima anugerah pencapaian cemerlang dalam pembiakan mutasi tumbuhan
Agensi itu telah dinamakan sebagai antara penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam Pembiakan Mutasi Tumbuhan semasa Persidangan Agung ke-65 IAEA.
Mohd Abd Wahab dilantik Ketua Pengarah Nuklear Malaysia
Mohd Abd Wahab berpengalaman luas dalam bidang keselamatan nuklear dan sinaran serta pengurusan sisa radioaktif.