awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Nur Misuari tidak sepatutnya lempar dakwaan pemimpin Malaysia terlibat penculikan'

Bernama
Bernama
05/11/2016
08:16 MYT
'Nur Misuari tidak sepatutnya lempar dakwaan pemimpin Malaysia terlibat penculikan'
Nur Misuari dilaporkan berkata beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya dan akan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. -Foto AFP
Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari sepatutnya tidak mudah melemparkan dakwaan bahawa seorang pemimpin Malaysia terlibat di dalam penculikan warga asing di Sipadan dalam tahun 2000 tanpa bukti, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada Jumaat.
"Ini adalah dakwaan yang serius. Nur Misuari patut memberikan nama individu yang beliau dakwa terlibat dalam penculikan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Nur Misuari dilaporkan berkata beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya dan akan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan, termasuk di mahkamah antarabangsa.
Pada April 2000, 10 rakyat Malaysia dan 11 warga asing diculik sekumpulan lelaki bersenjata dari pulau itu.
Musa berkata dakwaan sedemikian boleh menjejaskan imej Malaysia dan negeri ini selain daripada menegangkan hubungan antara Malaysia dengan Filipina.
Beliau juga berkata daripada menggunakan pendekatan yang keras, Nur Misuari sepatutnya menggunakan diplomasi dan berusaha mendapatkan kestabilan di dalam kawasannya dan keamanan dengan jirannya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#moro national liberation front
#Musa Aman
#Nur Misuari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan