awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah keguguran anak keempat

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
24/01/2023
12:27 MYT
Nurul Izzah keguguran anak keempat
Dalam status tersebut, Nurul Izzah turut berkongsi gambarnya memeluk ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Instagram @n_izzah
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi kisah sedih di Instagram pada Selasa, memaklumkan beliau mengalami keguguran.
Dalam hantaran tersebut, Nurul Izzah turut berkongsi gambarnya memeluk ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi catatan panjang di laman sosialnya itu, anak sulung Perdana Menteri itu berkata selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mungkin itu kali pertama mereka berpelukan.
“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama - selesai berkempen, sempat pula menjangkiti Covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya - dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung.
“The little boot is gone …” tulis beliau.
View this post on Instagram
A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah)
Meskipun sedih dengan khabar terbaharu itu, beliau tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah.
“Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza.
“Ungkapan mensyukuri nikmat - kata-kata indah untuk Yang Maha Esa - yang kita ucap an walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil.
“Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman,” tulisnya lagi.
Nurul Izzah dalam hantaran sama mendoakan semua yang berada di luar sana, yang pernah merasa kehilangan supaya kekal tabah dan kuat.
“Jadi kepada anda, hampir semua kita yang telah merasai kehilangan, kita boleh menawarkan doa kita, pelukan secara maya, dan peringatan - bahawa kehidupan tetap akan diteruskan,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah keguguran
#Nurul Izzah
#Anwar Ibrahim
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan