awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah mohon hak penjagaan dua anak

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2014
04:49 MYT
Nurul Izzah mohon hak penjagaan dua anak
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan dua orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.
Nurul Izzah membuat permohonan tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini dan Hakim Amran Mat Zain menetapkan 17 Jun untuk Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim melantik secara rasmi peguam untuk mewakilinya biarpun peguamnya, Azmi Rais hadir di mahkamah bagi pihaknya.
Azmi yang hadir di mahkamah bersama dengan Zulkifli Che Yong sebagai peguam, memberitahu pemberita bahawa anak guamnya kini berada di London dan tidak dapat melantik mereka secara rasmi.
Sebelum itu Nurul Izzah dan peguamnya Nor Mawaddah Ramli dan Azmi bertemu dengan hakim dalam kamar.
Permohonan mendapatkan hak penjagaan dua anaknya merupakan tambahan kepada permohonan Nurul Izzah untuk bercerai dengan suaminya.
Kes penceraian mereka sedang dikendalikan oleh jawatankuasa perdamaian, sebuah panel bebas yang terdiri daripada wakil saudara masa pasangan itu dan seorang pegawai syariah.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pegawai syariah itu sepatutnya mengemukakan laporan kepada Mahkamah Rendah Syariah, di mana permohonan Nurul Izzah untuk bercerai dibuat, sama ada mungkin ada jalan perdamaian atau sebaliknya.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh dan seorang anak lelaki yang berusia empat.
Nurul Izzah memfailkan permohonan hadanah ( hak penjagaan) di Mahkamah Tinggi Syariah KL pada 30 April.
Topic Berkaitan
#nurul izaah anwar
#penceraian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan