awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Terengganu larang aktiviti persembahan jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan
Bekas ahli NGO didakwa terima rasuah lebih RM36,000 janji gelaran Datuk Seri
BAP bukti komitmen kerajaan perkasa pendidikan - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah mungkin disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan SOSMA

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
22/11/2015
04:20 MYT
Nurul Izzah mungkin disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan SOSMA
Khalid kesal dengan tindakan Nurul Izzah yang disifatkan tidak sensitif dan menyinggung perasaan keluarga PDRM sendiri. - Gambar Fail
Tindakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertemu Jacel Kiram menyebabkan beliau ada kemungkinan disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Tegasnya, polis tetap akan memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada minggu hadapan walaupun beliau telah memohon maaf semalam, lapor sebuah portal berita Inggeris pada Sabtu.
"Kita belum memanggil Nurul Izzah. Ya, memang beliau dikatakan sudah meminta maaf semalam tetapi kita masih nak tahu mengapa beliau berjumpa (Jacel Kiram).
"Kita boleh menggunakan SOSMA untuk siasat Nurul Izzah dan kemungkinan juga Seksyen 124 Kanun Keseksaan turut digunakan. Maaf itu memang satu hal. Namun, kalau tengok pada gambar itu bukan satu kebetulan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Sunathon 2015 di sini hari ini.
Khalid pada masa sama, kesal dengan tindakan Nurul Izzah yang disifatkan tidak sensitif dan menyinggung perasaan keluarga PDRM sendiri.
BACA: Nurul Izzah perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia, Sabah - Rahman Dahlan
BACA: Pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram dipersoal ahli politik termasuk pembangkang
"Sudah tentu sebagai Ketua Polis Negara, saya amat marah dengan tindakan Nurul Izzah. Untuk apa dia bertemu (Jacel Kiram) itu? Beliau telah menyinggung perasaan keluarga PDRM. Saya harap dia bersedia memberi penjelasan mengenai perkara ini," tegasnya.
Foto pertemuan Jacel Kiram dan Nurul Izzah dimuat naik anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu Jamalul Kiram III itu bertarikh 9 November melalui akaun Facebooknya.
Topic Berkaitan
#Jacel Kiram
#Khalid Abu Bakar
#Nurul Izzah
#SOSMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan