awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NUTP buat laporan polis berhubung dakwaan wujud isu perkauman

Bernama
Bernama
10/04/2021
20:59 MYT
NUTP buat laporan polis berhubung dakwaan wujud isu perkauman
Aminuddin berkata isu yang sedang tular itu boleh menimbulkan sentimen perkauman di negara ini malah turut akan memberikan persepsi negatif kepada NUTP. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) semalam membuat laporan polis mengenai dakwaan wujud isu perkauman di dalam kesatuan itu yang tular di media sosial baru-baru ini.
Presiden NUTP Aminuddin Awang bersama wakil guru NUTP dari seluruh negara hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini semalam bagi membuat laporan polis berkenaan.
NUTP mendapati tohmahan mengenai isu perkauman di dalam organisasi itu tersebar sejak Februari lepas dan kemudian tular secara berleluasa ke laman-laman Facebook.
Aminuddin berkata kepada para wartawan sebaik laporan polis itu selesai dibuat bahawa NUTP menafikan kewujudan isu perkauman di dalam organisasi itu seperti yang ditularkan di media sosial.
Beliau juga berkata isu yang sedang tular itu boleh menimbulkan sentimen perkauman di negara ini malah turut akan memberikan persepsi negatif kepada kesatuan yang mewakili guru-guru di seluruh negara itu.
"Jadi saya rasa kita membuat laporan ini untuk menepis dakwaan tersebut dan kita mengharapkan agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan seterusnya dapat membawa mereka yang mewujudkan isu perkauman di negara ini ke muka pengadilan,” katanya.
Beliau berkata ada pihak yang membangkitkan isu bagaimana kononnya NUTP dikuasai oleh kaum tertentu sedangkan NUTP majoritinya dianggotai guru-guru Melayu seperti yang tersebar di media sosial.
Aminuddin berkata beliau sendiri tidak mengetahui siapa dalang di sebalik isu yang sedang tular itu dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan NUTP.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Awang
#NUTP
#perkauman
#laporan polis
#IPD Sentul
#menepis dakwaan
#guru Melayu
#Beh Eng Lai
#tohmahan
#Tular
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan