awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NUTP wujudkan pusat amal agihkan peranti kepada pelajar

Bernama
Bernama
19/11/2020
11:58 MYT
NUTP wujudkan pusat amal agihkan peranti kepada pelajar
Jumlah murid miskin tegar di Malaysia agak besar dan ketiadaan peranti boleh menjejaskan pembelajaran secara dalam talian. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) hari ini mewujudkan Pusat Amal NUTP (Sumbangan Peranti) untuk mengumpul peranti (gajet) bagi membantu murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah susulan pandemik COVID-19.
Setiausaha Agungnya Harry Tan Huat Hock berkata inisiatif itu penting kerana berdasarkan kajian, jumlah murid miskin tegar di Malaysia agak besar dan ketiadaan peranti boleh menjejaskan pembelajaran secara dalam talian murid daripada kumpulan ini.
Beliau berkata dalam kenyataan di sini, hari ini, dengan penubuhan pusat itu orang ramai yang berkemampuan mempunyai peluang untuk mendermakan peranti kepada murid-murid yang telah dikenal pasti yang tidak mampu memiliki peranti walaupun ia dibayar secara ansuran.
NUTP juga akan cuba untuk mendapatkan sumbangan peranti baharu atau terpakai yang tidak lagi digunakan daripada syarikat, pertubuhan bukan kerajaan selain daripada orang perseorangan dengan peranti terpakai mestilah yang boleh digunakan semasa pembelajaran secara dalam talian.
"Sebagai contoh, komputer riba mestilah mempunyai perisian sekurang-kurangnya Windows 7 ke atas dan jika tidak, peranti itu mesti boleh dikemas kini perisiannya, manakala peranti daripada jenis telefon pintar sebaiknya boleh memuat naik aplikasi seperti Zoom Meeting, Google Clasroom atau perisian lain yang boleh membantu pembelajaran dalam talian,'' katanya.
Tan berkata sebagai langkah permulaan, NUTP akan menyerahkan sumbangan peranti kepada 10 murid Orang Asli di Negeri Sembilan.
Beliau turut menyeru orang ramai bersama-sama NUTP dalam membantu mengumpulkan peranti untuk diagihkan kepada murid yang tidak berkemampuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar
#telefon pintar
#pandemik
#COVID-19
#gajet
#peranti
#Internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan