awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama akan berucap di Universiti Malaya

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2014
06:42 MYT
Obama akan berucap di Universiti Malaya
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dalam rangka lawatan ke negara ini akan menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pemimpin belia ASEAN petang ini.
Majlis yang dihadiri lebih 100 pemimpin muda peserta Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) itu berlangsung di Universiti Malaya lebih kurang pukul 4 petang nanti.
Dalam ucapannya, Obama dijangka akan menyemarakkan semangat generasi muda untuk mengatasi cabaran zaman dan seterusnya membentuk sebuah masa depan yang lebih sejahtera.
Pentas Presiden Barack Obama akan berucap di Universiti Malaysia
Pentas Presiden Barack Obama akan berucap di Universiti Malaysia
YSEALI yang dilancarkan oleh Obama pada 2013 disertai oleh anak-anak muda pintar dari 10 negara ASEAN yang diharapkan akan merintis perubahan lebih baik di negara masing-masing dan seterusnya untuk rantau ini. Ia adalah sebuah platform menyumbang idea dan melaksanakannya untuk perubahan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pembangunan, pendidikan dan alam sekitar.
Inisiatif dukungan Amerika Syarikat itu dianjur atas kesedaran bahawa kepada generasi mudalah masa depan Asia Tenggara akan berubah. Rantau ini dianggarkan mempunyai sekitar 65 peratus mereka yang berumur di bawah 35 tahun.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#ASEAN
#Barack Obama
#Malaysia
#yseali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan