awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu: Penting pemimpin kuat, ada aura untuk 'ikat' gabungan - Penganalisis
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC, PBB, badan antarabangsa perlu ambil tindakan tegas hentikan kekejaman Zionis - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
13/05/2021
12:42 MYT
OIC, PBB, badan antarabangsa perlu ambil tindakan tegas hentikan kekejaman Zionis - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, ini bukan kali pertama Israel menyerang Palestin ketika umat Islam berada dalam fasa terakhir Ramadan dan melakukan persiapan untuk menyambut ketibaan Aidilfitri. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seluruh dunia Islam serta badan antarabangsa lain untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis Israel ke atas bumi Palestin.
Beliau berkata isu Palestin adalah melangkaui isu umat Islam dan merupakan isu kemanusiaan sejagat yang perlu diberikan perhatian oleh dunia.
"Kesengsaraan dan penderitaan umat Islam di bumi Palestin perlu dihentikan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Krisis Asia Barat | 'Enough is enough' - Presiden Palestin
Ismail Sabri turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan tanpa perikemanusiaan rejim Zionis Israel ke atas bumi Palestin khususnya di Masjid al-Aqsa yang dilakukan beberapa hari menjelang 1 Syawal.
Beliau berkata ini bukan kali pertama Israel menyerang Palestin ketika umat Islam berada dalam fasa terakhir Ramadan dan melakukan persiapan untuk menyambut ketibaan Aidilfitri.
Katanya serangan tentera Israel itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan malah mencabuli hak rakyat Palestin yang akhirnya menyaksikan banyak nyawa tidak berdosa termasuk kanak-kanak menjadi korban.
"Saya menyeru seluruh umat Islam khususnya di bumi Malaysia, marilah kita bermunajat kepada Allah SWT untuk kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti kepada saudara kita di bumi al-Quds," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#serangan Israel
#kekejaman rejim zionis
#Gaza
#Masjid Al-Aqsa
#ismail sabri yaakob
#oic
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan