"Saya tidak ada harta benda, apa yang ada hanyalah darah yang mengalir dalam tubuh badan saya. Biarlah darah ini menjadi sumber pahala dan kebaikan kepada pihak memerlukan," kata Mohd Zamzuri Ariffin, 46.
Penerima anugerah penderma darah peringkat kebangsaan bagi kategori orang kelainan upaya 2018 itu berkata beliau mula menderma darah sejak 10 tahun lepas setelah mendengar kebaikan amalan itu.
Lelaki cacat penglihatan itu berkata setiap tahun beliau akan menderma darah melalui kempen yang diadakan di Masjid Batu Buruk di sini pada bulan Ramadan.
"Setiap kali Ramadan, pasti ada kempen derma darah dilakukan di masjid-masjid...di situlah saya menderma darah buat kali pertama 10 tahun lalu dan saya berazam mahu menjadi penderma tetap iaitu menderma empat kali setahun bagi memastikan bekalan darah mencukupi," katanya.
Mohd Zamzuri ditemui pemberita di majlis penghargaan dan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat kebangsaan yang disempurnakan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad di sini Sabtu malam.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Pengarah Pusat Darah Negara Dr Noryati Abu Amin dan Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Mohammad Omar.
Mohd Zamzuri yang mempunyai darah jenis B berkata tidak pernah menyangka akan diraikan sebegitu meriah dalam majlis khas yang dihadiri menteri.
"Tidak pernah terlintas langsung di hati kecil saya untuk menerima pengiktirafan tinggi seperti ini. Harapan saya sumbangan kecil ini akan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang di luar sana tampil menderma darah bagi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.
"Tanggapan negatif kononnya mendema darah ini adalah satu proses yang menyakitkan adalah tidak benar, malah saya berasa lebih sihat setiap kali selesai menderma darah. Insya-Allah banyak manfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 15 2018
Mohd Zamzuri yang mempunyai darah jenis B berkata tidak pernah menyangka akan diraikan sebegitu meriah dalam majlis khas yang dihadiri menteri. --fotoBER
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Pemandu e-hailing terima anugerah penderma darah terbanyak
Berkat menderma darah sebanyak 158 kali membolehkan pemandu e-hailing Kang Eng Tean, 50, menerima anugerah sebagai penderma darah terbanyak di Kelantan.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Bekalan darah jenis O negatif kritikal di Hospital Dutches of Kent, Sandakan
Orang ramai yang mempunyai darah kumpulan tersebut di sekitar bandar ini diminta tampil menderma bagi membantu keperluan mendesak hospital berkenaan.
Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah
Kutipan dan pembekalan darah bagi kesemua kumpulan darah di Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultan Ismail (HSI) semakin menurun.
Derma darah penting untuk selamatkan nyawa
Pemindahan darah perlu untuk mengekalkan fungsi organ, pertumbuhan dan kesihatan, serta membolehkan pesakit meneruskan kehidupan.
Ong anggap derma darah cara bersedekah
Bapa kepada seorang cahaya mata itu pada masa sama turut menggalakkan orang ramai menderma darah bermula daripada usia muda.
Kadar derma darah: KKM sasar 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi menjelang 2030
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Perkhidmatan Perubatan Transfusi, menyasarkan kadar pendermaan darah negara 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi penduduk, menjelang tahun 2030.
Anggota Rela derma darah 219 kali sejak 1995
Zakaria Omar yang berumur 48 tahun, aktif menderma darah sejak berusia 20 tahun.
Gempa bumi Turkiye, Syria: Penduduk Palestin derma darah untuk mangsa
Bertemakan "One Body", kempen sehari itu "menghantar mesej kasih sayang dan keamanan untuk semua."