awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OKU maut dirempuh keretapi di Tumpat

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
18/09/2016
05:40 MYT
OKU maut dirempuh keretapi di Tumpat
Mangsa dikatakan dirempuh keretapi yang datang dari arah Pasir Mas ke Tumpat. - Gambar hiasan
Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) maut di rempuh keretapi ketika berjalan berhampiran landasan di Kampung Berangan, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 9.40 pagi tadi, mangsa yang dikenali sebagai Wan Zain Wan Abdul Rahman, 55, dan berasal dari Kampung Pulau Gorek, Palekbang, di sini maut di tempat kejadian.
Mangsa dikatakan dirempuh keretapi yang datang dari arah Pasir Mas ke Tumpat selepas mangsa tidak menyedari kehadiran keretapi berkenaan kerana masalah pendengaran yang dialaminya.
Menurut salah seorang waris mangsa, Siti Mariam Othman mangsa masih bujang dan tinggal di rumah kakaknya berhampiran hentian Stesen Keretapi Berangan
“Dia lintas jalan (landasan) barangkali, atau sedang jalan di tengah (landasan) dan kebetulan keretapi lalu. Pemandu keretapi sudah (membunyikan) hon, tapi dia tak dengar kerana dia pekak,” ujar Siti Mariam.
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki dan mayatnya kini ditempatkan di Unit Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat.
Tinjauan Astro AWANI di tempat kejadian mendapati kawasan landasan tersebut menjadi laluan penduduk menyeberang ke kampung bersebelahan.
Kawasan yang tidak berpagar itu mengundang bahaya kepada penduduk.
Topic Berkaitan
#lintas landasan
#maut dilanggar keretapi
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan