KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan mengerjakan ibadah umrah bermula 8 Jan ini adalah wajar dari sudut fiqah, khususnya dalam mengekang penularan COVID-19 varian Omicron.
Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Shahir Akram Hassan berkata, kerajaan boleh membuat keputusan seperti itu dengan mengambil kira kemudaratan bakal dihadapi semasa mengerjakan umrah dan risiko selepas kembali ke tanah air meskipun ada pihak mempertikaikannya kerana Arab Saudi tidak mengambil tindakan sedemikian.
"Dari sudut fiqah, kerajaan boleh menghalang (perjalanan umrah) walaupun ada yang mempertikaikan sekiranya Arab Saudi tidak bertindak sedemikian. Pada masa ini, kerajaan ambil kira (kemudaratan) dan buat keputusan ini.
"Selain itu, dalam menunaikan ibadah umrah ini, jemaah seharusnya berpegang kepada konsep takdir dan rezeki...kalau ia belum sampai, ia tidak akan sampai. Pada masa sama, kita mahu rapat dengan Allah, sama ada bukan di Mekah atau Madinah, Insya Allah kita sudah dapat taqwa Allah SWT di Malaysia dengan kita reda dan mungkin ambil inisiatif untuk bantu mangsa banjir ketika ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Berkongsi pendapat sama, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis menyokong usaha tersebut dengan melihat kepada fahaman mazhab Shafie yang menjadi ikutan di Malaysia berkenaan keperluan menunaikan ibadah umrah.
"Memang mazhab Shafie mengatakan umrah itu wajib, tapi wajib sekali seumur hidup. Namun, ia boleh ditangguhkan dan tidak perlu serta-merta. Percayalah, Allah SWT mengetahui niat dan kesungguhan kita yang dah belanjakan duit tiket, hotel dan sebagainya walaupun mungkin kita tidak dapat ke sana," katanya.
Menurut Nik Rahim, banyak dalil yang boleh diutarakan berkenaan larangan Allah SWT kepada hambaNya untuk memudaratkan diri sendiri seperti sepotong ayat Al-Quran yang melarang kita mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.
Berasaskan maqasid syariah yang mewajibkan umat Islam memelihara nyawa, Nik Rahim berkata, penangguhan tersebut wajar dibuat kerana mengikut kes sebelum ini, wujud kemungkinan tinggi bakal jemaah dijangkiti sekiranya menjalani umrah ketika ini.
"Jadi kalau kita ke sana juga, maka kita telah melanggar perintah tersebut," katanya.
Sementara itu pakar kesihatan awam (epidemiologi dan biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman menyifatkan usaha menangguhkan sementara perjalanan berkenaan sebagai tepat pada masanya memandangkan langkah pencegahan Omicron perlu dilaksana secepat mungkin.
Dr Malina berkata, ini terutama apabila penularan Omicron di peringkat global menunjukkan pola peningkatan mendadak dan beliau bimbang trend sama berlaku di Malaysia.
"Sebab berdasarkan pengalaman, penularan jangkitan Omicron lebih pantas berbanding Delta, jadi keputusan kerajaan adalah perkara yang dialu-alukan di negara kita," katanya.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil ringan terhadap jangkitan Omicron kerana varian itu turut memberi kesan mudarat yang sama seperti Delta.
"...terutamanya mereka yang berada di usia kelompok 60 tahun ke atas yang mempunyai penyakit komorbiditi. Mereka yang berisiko boleh mendapat komplikasi serius," katanya.
Dr Amalina turut menyarankan agar para jemaah umrah atau pelancong diberi keutamaan mendapat suntikan dos penggalak kerana individu yang diberi dos itu kurang berisiko menerima dan menyebarkan virus COVID-19 tanpa mengira jenis varian berbanding mereka tidak divaksinasi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022
"Memang mazhab Shafie mengatakan umrah itu wajib, tapi wajib sekali seumur hidup. Namun, ia boleh ditangguhkan dan tidak perlu serta-merta. Percayalah, Allah SWT mengetahui niat dan kesungguhan kita." - Gambar fail
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
AWANI Pagi: Pameran Palet Budaya: Interaksi seni & Gastronomi
Makanan dan seni visual mungkin kedengaran agak janggal untuk disatukan, tetapi itulah keunikan Pameran Palet Budaya: Interaksi Seni & Gastronomi.
Ikuti bingkisan disediakan penyampai AWANI Pagi, Azib Zikry dalam membedah karya-karya unik, khazanah seni negara.
Ikuti bingkisan disediakan penyampai AWANI Pagi, Azib Zikry dalam membedah karya-karya unik, khazanah seni negara.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Mei 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry;
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Serangan Balai Polis: Tujuh individu direman hari ini
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
AWANI Pagi: Kapas Marathon Crossing Swimathon 2024
Kerajaan Negeri Terengganu anjur kejohanan sukan renang marathon patuh syariah, yang pertama di Malaysia.
Sistem e-Jamin diteruskan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem pengurusan ikat jamin elektronik atau e-Jamin.
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Jemaah uzur kini boleh lakukan tawaf menaiki kenderaan elektrik
Difahamkan bahawa EV ini telah diperkenalkan sejak permulaan bulan Ramadan dan beroperasi di bahagian bumbung Masjidil Haram.
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Tipu jemaah umrah: KPDN heret syarikat pelancongan ke mahkamah
Notis pendakwaan telah diserahkan kepada syarikat yang berpangkalan di Putrajaya itu selepas KPDN melengkapkan siasatan terhadap 88 kertas siasatan yang telah dibuka.
Sabri Yunus, Angeline Tan ke Tanah Suci tunai umrah
Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 62, bersama isteri, Angeline Tan, 56, berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.
MOTAC semak semula kelayakan agensi pelancongan urus umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti dan menyemak semula kelayakan syarikat agensi pelancongan terutamanya perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi.
Anwar berlepas dari Riyadh ke Jeddah
Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikah umrah bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di tanah suci Makkah.