KUALA LUMPUR:Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng di sempadan negara pada Khamis.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut dirampas 17 buah kenderaan darat dipercayai digunakan oleh sindiket.
"Op Benteng semalam telah menangkap 24 orang PATI serta merampas 17 buah kenderaan darat.
"Dalam operasi itu juga, turut dikesan 113 bot/kapal berada di perairan negara melalui empat (4) aktiviti penglihatan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah Ismail, operasi melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).
Sebanyak 447 sekatan jalan raya (SJR) telah dijalankan iaitu Op Penawar (393), Op Benteng PDRM (45) dan Op Benteng AKSEM (9).
Dalam pada itu, sebanyak 56,935 pemeriksaan dijalankan semalam menerusi Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM.
"Seramai 2,947 Pasukan Pematuhan melibatkan 12,402 anggota telah membuat pemantauan di 3,396 pasar raya, 4,953 restoran, 1,712 penjaja, 1,062 kilang, 3,178 bank dan 639 pejabat kerajaan.
"Juga dipantau, sebanyak 944 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (209) dan terminal pengangkutan udara (62)," katanya lagi.
Fareez Azman
Fri Jan 22 2021

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 24 PATI ditahan dan 17 buah kenderaan darat dipercayai digunakan oleh sindiket turut dirampas. - Bernama

Hari Wanita 2021 | JPW, AIM Perak buka peluang kejayaan wanita
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi kesan kepada golongan wanita yang terlibat dalam sektor pekerjaan khususnya perniagaan. Usaha kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19, memberi peluang untuk mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Liverpool gagal pulih badi kekalahan
Rembatan Mario Lemina menjelang rehat membuktikan pelawat sememangnya berhak untuk meraih tiga mata dalam usaha mencari jalan keluar dari zon penyingkiran.

Manchester United musnah rekod kebal barisan Guardiola
Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti selepas 101 saat tiupan wisel pertama berikutan kekasaran Gabriel Jesus.

TSG menang lagi di Turki menerusi kayuhan Carlos di GP Gundogmus
Turki terus menjadi medan TSG memburu kejayaan dengan pelumbanya Carlos Quintero memenangi GP Gundogmus semalam.

PJ City dibarisi pemain tempatan, berjaya curi mata daripada Perak FC
Pada aksi di Stadium Perak, skuad tuan rumah yang turun dengan dua pemain import dan Guilherme de Paula yang baharu mendapat status naturalisasi, gagal merobek benteng skuad The Phoenix.

MB Selangor tinjau kawasan bencana ribut di BBST Isnin
Kejadian ribut pada Sabtu merosakkan 105 rumah ekoran hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 5 petang.

COVID-19: Kes positif hampir cecah 117 juta, kes kematian 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.7 juta.

Rentas daerah: Kegiatan ekonomi di pekan Rantau Panjang kembali rancak
Hampir 95 peratus kedai dan gerai telah dibuka selain kenderaan yang keluar dan masuk juga semakin bertambah.

Lembu KK Elit lebih besar, hasil formulasi makanan ternakan MARDI
Penyelidikan MARDI bagi formulasi makanan ternakan mengikut pengeluaran bagi lembu jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) itu diusahakan secara berterusan sejak 12 tahun lalu.

Perak pertama bina tempat rehat, rawat untuk penghantar makanan
Sebagai permulaan, tujuh tempat 3R akan dibina di Bandaraya Ipoh yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000.

PKPD di Kg. Tringgus, ini 5 perkara penting kenyataan media Ismail Sabri
442 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, 430 dikompaun, 11 direman.

PKP: 442 ditahan, aktiviti pusat hiburan masih catat kesalahan tertinggi - Ismail Sabri
Daripada jumlah itu, 430 individu dikenakan kompaun, manakala 11 direman dan seorang dijamin.

PKPD di Kg. Tringgus, Sarawak bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan juga akan melanjutkan tempoh PKPD di Kg. Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah, yang sepatutnya berakhir esok.

205 individu ditahan ingkar SOP PKP, 18 melibatkan pusat hiburan
Seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan PKP) pada Jumaat.

PKPD Kampung Serumah Daerah Kecil Siburan, Serian bermula esok
KKM mengesahkan masih berlaku penularan kes melibatkan penduduk di lokaliti terbabit.

Perkasa sempadan negara dengan aset berteknologi tinggi - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, kerajaan akan meningkatkan jumlah pos-pos kawalan sempadan sedia ada.

Mindef sasar tingkatkan kuota pelajar RMC untuk UPNM - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, Mindef berharap KPT dapat tingkatkan kuota kemasukan pelajar RMC ke UPNM sehingga ke tahap 40 peratus.

"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Arahan bekerja dari rumah masih kekal - Ismail Sabri
Arahan bekerja dari rumah masih berkuat kuasa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri kini dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Aktiviti hiburan catat kesalahan tertinggi semalam - Ismail Sabri
Kesalahan berulang itu menjadi antara sebab mengapa kerajaan meningkatkan hukuman kepada mereka yang ingkar SOP.