awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Bersepadu: JPJ Sarawak kenal pasti 53 lokasi kerap kemalangan

Bernama
Bernama
19/04/2023
14:20 MYT
Op Bersepadu: JPJ Sarawak kenal pasti 53 lokasi kerap kemalangan
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata rondaan menerusi Op Bersepadu JPJ itu meningkatkan pematuhan tingkah laku pemanduan yang selamat dalam kalangan pemandu. - Foto BERNAMA
KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan mempertingkatkan pemantauan di 53 lokasi jalan raya di seluruh negeri ini yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan menjelang musim perayaan Aidilfitri.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata rondaan menerusi Op Bersepadu JPJ itu meningkatkan pematuhan tingkah laku pemanduan yang selamat dalam kalangan pemandu.
"Ini bertujuan bagi meningkatkan kadar POBC atau Perception of Being Caught iaitu kebolehlihatan penguatkuasaan bagi meningkatkan pematuhan tingkah laku pemanduan selamat melalui pengurangan melakukan kesalahan trafik berulang di jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Perayaan Hari Raya Aidilfiti 2023 di sini, hari ini.
Menurutnya titik penguatkuasaan jalan raya tambahan akan dilakukan terutamanya di kawasan Kota Samarahan sepanjang musim perayaan.
Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata JPJ mengadakan Op Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri bermula semalam hingga 27 April ini.
Beliau berkata sebanyak 231 lokasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan dengan pemantauan akan ditingkatkan di kawasan terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Hasbi Habibollah
#JPJ
#kawasan kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan