JOHOR BAHRU: Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) baki dua lagi pendatang tanpa izin yang hilang dalam kejadian bot karam di perairan Teluk Ramunia, Pengerang, dekat Kota Tinggi, ditamatkan hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Op Carilamat itu ditamatkan pada 5 petang tadi.
"Hasil penilaian terhadap situasi semasa pencarian serta persetujuan bersama-sama kesemua agensi terlibat, Op Carilamat ditamatkan 5 petang tadi setelah pencarian selama empat hari (di perairan negeri) tidak menemukan mangsa yang masih hilang," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun aset Maritim serta agensi lain yang melaksanakan rondaan harian di lapangan akan terus melakukan pemantauan serta melaporkan sebarang penemuan berkaitan mangsa sekiranya ditemui.
Nurul Hizam berkata Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru turutmerakamkan jutaan penghargaan kepada semua agensi serta komuniti Maritim yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa bot karam itu.
Dalam kejadian 4.50 pagi Khamis (20 Jan) lepas, bot kayu yang membawa 27 pendatang asing dari Tanjung Tondang, Pulau Bintan, Indonesia, karam kira-kira satu batu nautika dari Teluk Ramunia, Pengerang.
Sebanyak 19 individu terdiri daripada 10 wanita dan sembilan lelaki selamat dalam kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, enam mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan lima wanita warga Indonesia ditemukan lemas, dengan mangsa lelaki ditemukan semalam kira-kira lima batu nautika barat daya Pangkalan Tentera Laut Changi, Singapura, manakala dua lagi masih belum ditemukan sehingga kini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022

Op Carilamat itu ditamatkan pada 5 petang tadi. - Gambar fail/ Maritim Malaysia

Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun
Mayat lelaki warga emas yang meninggal dunia ketika mengikuti aktiviti mendaki di puncak Gunung Yong Belar Selasa lalu, berjaya diturunkan.

AWANI Ringkas: IP masih diperlukan walaupun AP mansuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penjawat awam didakwa terima suapan RM300
Seorang Penolong Pegawai Pertanian di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Lipis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM300.

Sukan SEA Hanoi: Juwaidi-Fatin Nurfatehah ulangi detik emas Compound Berpasukan Campuran
Juwaidi-Fatin NurFatehah kembali bergandingan bagi mengulangi sensasi temasya Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.

Mansuh AP makanan: Perlu polisi menyeluruh tangani krisis
Polisi serta dasar yang menyeluruh berkait sekuriti makanan perlu dilaksanakan kerajaan selepas memutuskan untuk memansuhkan AP makanan.

Rayuan Farid Kamil ditangguh, peguam terlibat perbicaraan kes Ahmad Zahid
Panel tiga hakim membenarkan penangguhan yang dimohon peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Farid Kamil.

Jumlah perdagangan Malaysia naik 21.3 peratus kepada RM231.44 bilion pada April 2022 - MITI
Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum peningkatan pada April 2022 dengan jumlah perdagangan menokok 21.3 peratus tahun ke tahun kepada RM231.44 bilion.

Kes COVID-19 tidak naik mendadak selepas Aidilfitri, tahniah rakyat Malaysia! - Khairy
Khairy Jamaluddin percaya rakyat Malaysia ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik.

DUN Sarawak: Pengeluaran stok karbon dijangka jana pendapatan negeri RM315 juta setahun
Sarawak dijangka memperoleh sumber pendapatan baharu dianggarkan RM315 juta setahun, melalui pengeluaran stok karbon.

Rebat tunai sehingga 35 peratus galak penerbit luar jalani penggambaran di Malaysia - Finas
Tawaran rebat tunai 30 peratus melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) itu adalah yang tertinggi berbanding negara lain.

Operasi Carilamat kru kapal layar dipercayai lemas di Langkawi ditangguh
Keluasan sektor pencarian merangkumi 5.85 batu nautika persegi, namun gagal menemui mangsa.

Operasi SAR 3 penyelam warga asing hilang di Mersing ditangguhkan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditangguhkan petang ini.

Operasi SAR tiga penyelam warga asing ditangguh
Operasi Carilamat bagi mengesan tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, tengah hari semalam, ditangguhkan petang ini.

Di mana mayat Eric Chang?
Eric Chang, 4, yang dipercayai dibunuh dan dibuang mayatnya di sebuah jeti di Kampung Muara Tebas, masih tidak dapat dijumpai.

Op Carilamat bot karam di Teluk Ramunia ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) baki dua lagi pendatang tanpa izin yang hilang dalam kejadian bot karam di perairan Teluk Ramunia, Pengerang, dekat Kota Tinggi, ditamatkan hari ini.

Banjir: Bomba tumpu misi SAR mencabar, cari 5 mangsa masih hilang
Bomba berhadapan kesukaran dalam menjalankan misi SAR lima mangsa yang hilang akibat banjir di Pahang, ekoran keadaan mencabar selepas air surut.

Banjir Selangor: 9 maut termasuk sukarelawan, satu dikhuatiri hilang
Keadaan banjir di luar jangka melanda Lembah Klang, terutama Selangor sejauh ini dilaporkan telah meragut sembilan nyawa di negeri ini.

Banjir Taman Sri Muda: Mayat dua beranak dibawa keluar - Polis
Mayat dua sekeluarga mangsa bencana banjir di Selangor dilaporkan telah dibawa keluar dari kawasan di Sri Muda sekitar jam 4 petang, Isnin.

Mayat mangsa kedua tragedi bot bertembung di Kuala Perlis ditemukan
Mayat kedua mangsa kemalangan bot di Sungai Perlis pada Khamis ditemukan lemas hari ini.

Tanah runtuh Simpang Pulai: Operasi SAR ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah runtuh di Seksyen 27, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands ditamatkan pada petang Jumaat.