awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Carilamat nelayan hilang di perairan Pulau Lambidan ditamatkan

Bernama
Bernama
07/01/2022
14:06 MYT
Op Carilamat nelayan hilang di perairan Pulau Lambidan ditamatkan
Op Carilamat ke atas seorang nelayan tempatan yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Lambidan, Labuan yang dilancarkan Isnin lepas ditamatkan hari ini selepas pencarian selama lima hari tidak menemui sebarang petunjuk positif. - Foto Sinar Harian
LABUAN: Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) ke atas seorang nelayan tempatan yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Lambidan, Labuan yang dilancarkan Isnin lepas ditamatkan hari ini selepas pencarian selama lima hari tidak menemui sebarang petunjuk positif.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata pusat sub penyelamat maritim (MRSC) Kota Kinabalu telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat pada 6.30 petang ini dan keputusan dibuat setelah mengambil kira tiada sebarang penemuan dan petunjuk ditemui pasukan di lapangan sepanjang empat hari operasi.
Mohammad Shahrijan Sadeh, 39, dilaporkan hilang selepas turun ke laut untuk memukat ikan pada 6 pagi Isnin lepas di perairan berkenaan.
Nudin berkata pencarian dan pemantauan akan diteruskan agensi masing-masing yang bertugas menerusi operasi harian mengawal pesisir pantai, laut dan sebagainya.
Operasi selama lima hari melibatkan 45 anggota dari pelbagai agensi seperti APMM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam serta RELA.
Keluasan keseluruhan sektor menyelamat merangkumi 184 batu nautika dengan lima aset diatur gerak sepanjang lima hari operasi.
Komuniti maritim diseru untuk terus meningkatkan keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut dan melaporkan sebarang kejadian kecemasan di laut menggunakan talian 999 (MERS) atau 087-453777 (Pusat Operasi Zon Maritim Labuan).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Carilamat
#mencari dan menyelamat
#nelayan hilang
#Pulau Lambidan
#APMM
#Mohammad Shahrijan Sadeh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan