awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Favish: Proses rekod keterangan Vivy, suami bersambung hari ini

Bernama
Bernama
13/11/2024
08:46 MYT
Op Favish: Proses rekod keterangan Vivy, suami bersambung hari ini
Pengasas FashionValet tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Pasangan pengasas FashionValet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyambung memberikan keterangan hari ini.

Ringkasan AI
  • Pasangan pengasas FashionValet menyambung memberikan keterangan kepada SPRM berhubung kes kerugian pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.
  • Proses rakaman keterangan memasuki hari keenam, dengan SPRM menyiasat transaksi akaun mencurigakan dan membekukan beberapa akaun bank bernilai kira-kira RM1.1 juta.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan SPRM sedang menyemak aliran tunai yang diterima pasangan pengasas FashionValet.

Kenderaan membawa pasangan tersebut tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada 2.50 petang.
Hari ini memasuki hari keenam proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan setelah SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata pihaknya sedang menyemak dan menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang itu.
SPRM juga dilaporkan telah membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akaun syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish pada 6 Nov lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FashionValet
#Khazanah
#PNB
#proses rekod keterangan
#SPRM
#Vivy Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan