awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Gempur: 107 kompaun dikeluarkan kes cemar alam sekitar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/12/2022
00:25 MYT
Op Gempur: 107 kompaun dikeluarkan kes cemar alam sekitar
Teh (kanan) mendengar penerangan daripada Rosli (tengah) ketika meninjau persekitaran kilang yang dikesan menjalankan aktiviti peleburan logam secara haram di Kampung Tasek Perkasa, Kuala Kangsar, semalam. --fotoBERNAMA
KUALA KANGSAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak akan mengeluarkan sebanyak 107 kompaun terhadap premis yang didapati mencemar alam sekitar dalam Op Gempur pada Isnin dan Selasa.
Dalam masa sama, sebanyak 20 arahan di lapangan serta 30 notis arahan dikeluarkan, di samping satu penahanan operasi kelengkapan.
Pengarah JAS Perak Rosli Zul berkata, 107 kompaun yang akan dikeluarkan itu bernilai RM2,000 setiap satu.
"Daripada jumlah 107 kompaun tersebut, kesalahan yang dikompaun di bawah efluen perindustrian adalah sebanyak 12, dan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 sebanyak 95.
"Kalau ikut trend operasi bersepadu ini, kita dapati memang kesalahan di bawah peraturan buangan terjadual ini masih lagi mendominasi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pihak industri," katanya.
Beliau ditemui selepas menyertai operasi bersepadu kilang haram di Kampung Bekor, di sini, lewat petang semalam.
Hadir sama, Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim.
Op Gempur | JAS Perak keluar 107 kompaun
Menurut Rosli, dalam operasi dua hari itu, yang melibatkan 33 kakitangan dan pegawai JAS Perak, sebanyak 21 premis telah diperiksa.
Daripada jumlah itu, 16 premis didapati tidak mematuhi kehendak perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling.
Topic Berkaitan
#kompaun
#pencemaran alam sekitar
#JAS Perak
#Kampung Bekor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan