awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya: 9,427 saman dikeluarkan sejak Selasa

Bernama
Bernama
07/06/2024
07:40 MYT
Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya: 9,427 saman dikeluarkan sejak Selasa
Operasi terbabit melibatkan kekuatan lebih 1,500 pegawai dan anggota polis serta agensi penguatkuasaan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengangkutan Jalan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 9,427 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan setakat semalam menerusi Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur yang dilaksanakan bermula Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata dalam operasi sama sebanyak 25 individu ditahan manakala dua kenderaan disita.
"Kesalahan dilakukan antaranya berhenti di petak kuning, tiada lesen memandu dan ubah suai struktur atau peralatan kenderaan, nombor plat tidak mematuhi spesifikasi, tiada cermin sisi serta lampu brek tidak berfungsi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi terbabit melibatkan kekuatan lebih 1,500 pegawai dan anggota polis serta agensi penguatkuasaan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa sebelum ini mengumumkan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur akan dilancarkan bermula Selasa (4 Jun) hingga 15 Jun ini bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya dan menguatkuasakan peraturan lalu lintas di bandar raya ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya
#Polis Kuala Lumpur
#notis saman
#agensi penguatkuasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan