MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan 48 saman membabitkan pelbagai kesalahan setakat semalam, sejak pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri 2023 (Op HRA 2023) pada Selasa lepas.
Pengarah JPJ negeri Muhammad Firdaus Shariff berkata kesalahan tertinggi dikesan ialah melanggar lampu isyarat merah iaitu 29 kes, tidak memakai tali pinggang keledar 16 kes dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu sebanyak tiga kes.
"Kesalahan ini antara senarai tujuh kesalahan trafik yang tidak boleh dikompaun sepanjang tempoh sambutan Hari Raya Aidilfitri dan mereka yang didapati melakukan semua kesalahan ini sepanjang tempoh itu akan dikemukakan saman dan pesalah perlu ke mahkamah untuk penyelesaian lanjut.
"Lain-lain kesalahan yang tidak boleh dikompaun itu ialah memandu dalam lorong kecemasan, memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar dan memotong barisan," katanya kepada pemberita selepas program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Op HRA 2023 di Melaka Sentral malam tadi.
Program itu telah disempurnakan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Mengulas lanjut, Muhammad Firdaus berkata JPJ juga akan menjalankan penguatkuasaan yang menyeluruh bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan memastikan kelancaran pergerakan perjalanan pulang berhari raya serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
Katanya, tiga kawasan panas dikenal pasti di negeri ini iaitu di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA), Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dan Jalan Ayer Keroh Lama.
"Kita akan meletak anggota penguat kuasa untuk memantau di lokasi terbabit sepanjang tempoh Op HRA 2023 pada perayaan Aidilfitri bermula 18 hingga 27 April ini," katanya.
Beliau berkata sempena Op HRA itu juga, sebanyak 127 pemandu bas telah disaring menjalani ujian air kencing dan kesemua mereka didapati negatif.
Sementara itu, Hameed berkata semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu memandangkan aliran trafik dijangka mengalami peningkatan kenderaan sepanjang musim perayaan di pintu masuk dan keluar Melaka.
"Dalam situasi sebegini, sikap toleransi dan hormat-menghormati perlu dipraktikkan agar sentiasa bersabar dan bertolak ansur demi mewujudkan suasana harmoni dan selamat di jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023
Mereka yang didapati melakukan kesalahan trafik yang tidak boleh dikompaun akan dikemukakan saman dan perlu ke mahkamah untuk penyelesaian lanjut. - Gambar hiasan
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
132 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Khas Kenderaan Komersial
Sebanyak 346 notis kesalahan turut dikeluarkan ke atas pemandu dan pemilik kenderaan sepanjang operasi berkenaan.
Op HRA 2023: 48 saman dikeluarkan di Melaka sejak Selasa
Kesalahan tertinggi ialah langgar lampu merah, tidak memakai tali pinggang keledar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
JPJ tahan enam warga asing memandu tanpa lesen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menahan dua warga Bangladesh dan empat warga Rohingya yang dikesan memandu tanpa lesen sah.
Op Rentas Sempadan JPJ: 252 pengguna jalan raya dikesan potong barisan
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata kesalahan memotong barisan merupakan yang tertinggi direkodkan sepanjang operasi itu.
Op Sukat: 11 individu termasuk tujuh kakitangan JPJ Melaka direman
Seramai 11 individu termasuk seorang wanita direman lima hingga tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki terbabit dalam rasuah dan melindungi lori pengangkutan di Melaka.