KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menerusi Op Pantau, telah memeriksa 1,806 premis di seluruh Terengganu, bermula 12 Mac.
Pengarahnya Saharuddin Mohd Kia berkata daripada jumlah tersebut, sembilan kes telah diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Cap Dagangan 2019.
"Seramai 118 anggota penguat kuasa KPDN Terengganu dan 58 pegawai pemantau harga, telah menjalankan pemantauan serta pemeriksaan di 1,806 premis termasuk bazar ramadan, pasar raya, pasar awam dan kedai runcit di seluruh negeri dari 12 Mac hingga 4 April.
"Hanya sembilan kes diambil tindakan. Ia menunjukkan kepatuhan peniaga terhadap peraturan yang ditetapkan kerajaan," katanya pada majlis pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 Peringkat Negeri Terengganu di Pasaraya Sabasun, di sini hari ini.
Sebanyak 20 barangan termasuk bawang kuning besar, bawang merah besar, ikan selayang, cili kering kerinting dan ikan aya yang khusus untuk negeri Pantai Timur disenaraikan dalam SHMMP Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Saharuddin berkata Op Kesan yang bertujuan memantau kesan pelaksanaan kenaikan SST daripada enam kepada lapan peratus, masih diteruskan hingga ke hari ini.
Justeru, beliau mengingatkan peniaga supaya terus mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan tegas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Saharuddin berkata Op Kesan yang bertujuan memantau kesan pelaksanaan kenaikan SST daripada enam kepada lapan peratus, masih diteruskan hingga ke hari ini. - Gambar fail/Bernama
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
Raja Salman jalani pemeriksaan kedua dalam tempoh kurang sebulan
Raja Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas didapati mengalami peningkatan suhu badan yang tinggi dan sakit sendi.
Tema revolusihat, apa yang boleh kita jangkakan?
Minggu ini kesemua peserta The Hardest Singing Show dicabar dengan tema Revolusihat yang menggabungkan nyanyian dan juga sukan.
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Malaysia negara pertama terima, TH edar Kad Haji Nusuk
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
PM desak AS henti salur senjata kepada Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat untuk menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Fahmi kesal tindakan ugut terhadap Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan individu yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Op Pantau: Lebih 1,800 premis diperiksa di Terengganu
KPDN Terengganu menerusi Op Pantau, telah memeriksa 1,806 premis di seluruh Terengganu, bermula 12 Mac.
Terdapat penurunan bekalan telur ayam di Terengganu pada Ramadan - KPDN
KPDN Terengganu mengakui terdapat penurunan hingga 33 peratus bekalan telur ayam di negeri ini pada bulan Ramadan berikutan terdapat kekurangan bekalan daripada pihak pembekal.
KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.