awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Samseng Jalanan: Pelajar antara 5 ditahan, 25 saman dikeluarkan

Bernama
Bernama
25/12/2017
04:07 MYT
Op Samseng Jalanan: Pelajar antara 5 ditahan, 25 saman dikeluarkan
Sebanyak 25 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh, nombor plat tidak ikut syarat, tiada cermin sisi dan motosikal diubah suai. - Gambar fail
Seorang pelajar berumur 15 tahun antara lima penunggang yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan/ Rempit di Jalan Kamunting-Taiping di sini, awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Razlam Ab Hamid berkata selain itu, sebanyak 25 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh, nombor plat tidak ikut syarat, tiada cermin sisi dan motosikal diubah suai.
Beliau berkata operasi tiga jam yang bermula kira-kira 3 pagi tadi disertai sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, JSPT Kontinjen Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.
"Semasa operasi kita nampak beberapa motosikal ditunggang oleh suspek berlumba sesama sendiri, menundukkan badan dan melakukan aksi zig zag dari lampu isyarat berhampiran pasar raya The Store hingga ke pusingan-U berhampiran dengan Masa Katering.
"Suspek telah beberapa kali melakukan pusingan perlumbaan dan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan sebelum dibawa ke IPD Taiping untuk tindakan selanjutnya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#lumba haram
#mat rempit
#operasi polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan