awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Sarang: 144 termasuk pengedar, penagih ditahan

Bernama
Bernama
30/03/2025
03:15 MYT
Op Sarang: 144 termasuk pengedar, penagih ditahan
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka menahan 144 individu termasuk pengedar dan penagih dadah menerusi Op Sarang yang dijalankan di negeri berkenaan pada 27 Mac hingga semalam.
MELAKA: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka menahan 144 individu termasuk pengedar dan penagih dadah menerusi Op Sarang yang dijalankan di negeri ini pada 27 Mac hingga semalam.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua yang ditahan hasil pemeriksaan terhadap 244 individu menerusi 142 serbuan.
"Bagi pengedaran dadah, empat individu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala tiga lagi Seksyen 39A (1) ADB 1952.
"Sebanyak 27 individu pula disiasat di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952 (dua individu) dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (10 individu) kerana disyaki memiliki dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, turut ditahan 12 individu dikehendaki polis atas pelbagai kesalahan dadah dan 86 individu di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 kerana saringan air kencing positif terhadap dadah.
Dzulkhairi berkata, pelbagai dadah dirampas dalam operasi berkenaan termasuk heroin seberat 39.32gram (g), syabu (9.13g), ganja (3.70g), air ketum (31.40 liter), daun ketum (3 kilogram) dan cecair ketamin (1.03 liter) yang dianggar bernilai RM3,145.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Sarang
#pengedar dadah
#Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka
#Dzulkhairi Mukhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan