IPOH: Sejumlah 909 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di negeri ini, sepanjang dua hari Op Selamat ke-19 dijalankan bersempena Tahun Baharu Cina.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Supt. Azizan Hassan, jumlah tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 63 peratus berbanding 2,458 pada tempoh sama tahun sebelumnya.
Katanya, sebahagian besar saman tersebut membabitkan kesalahan memandu dengan laju dan melanggar lampu merah.
"Bagi kemalangan pula, ia mencatatkan sebanyak 252 kes yang melibatkan dua kematian, iaitu seorang penunggang motosikal dan seorang lagi penumpang kereta.
"Setakat ini memang kita dapat lihat kadar kematian menurun sebanyak 50 peratus berbanding Op Selamat ke-17 sebelum ini," jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas hadir Operasi Kesedaran dan Keselamatan Jalan Raya Masyarakat Pulang ke Kampung sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Ipoh Selatan (utara), di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau berkata aliran trafik yang masuk ke negeri ini menunjukkan pada skala 3.
"Kenderaan yang masuk ke Perak memang banyak tetapi masih boleh bergerak dan terkawal, cuma mungkin pergerakan trafik itu sedikit perlahan berbanding biasa," katanya.
Tambahnya, antara kawasan yang dikenal pasti berlakunya kesesakan ialah di laluan utara - selatan Gunung Semanggol (Kerian), Bukit Berapit (Taiping), Sungai Perak (Kuala Kangsar), Terowong Menora, Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, dan Tapah.
"Antara faktor lain yang menyebabkan kesesakan jalan raya adalah kerana pemberian tol percuma bermula 12 tengah malam, 20 Januari 2023 (Jumaat) dan akan berakhir pada 11.59 malam, 21 Januari kepada semua kelas kenderaan.
"Pihak JSPT perak dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak sentiasa membuat pemantauan di lebuh raya bagi memastikan kelancaran semua pengguna jalan raya," ujarnya.
Menurut beliau lagi, pihaknya turut menempatkan pegawai trafik di lokasi hotspot di negeri ini.
Selain itu pihak PLUS juga menempatkan trak tunda di kawasan rehat dan rawat (R&R) berdekatan sekiranya perlu.
Op Selamat yang dijalankan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Januari tertumpu di kawasan panas yang dijangka berlaku kesesakan akibat pergerakan orang ramai pulang ke kampung dan kembali semula selepas tamat musim perayaan nanti.
Astro Awani
Fri Jan 20 2023
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Supt. Azizan Hassan berkata, jumlah tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 63 peratus berbanding 2,458 pada tempoh sama tahun sebelumnya. - Astro AWANI
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Op Selamat 19 catat peningkatan kemalangan 41 peratus
Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina yang dijalankan pada 18 hingga 27 Jan lepas mencatatkan peningkatan kes kemalangan jalan raya sebanyak 41 peratus.
Op Selamat 19: Kelantan catat 407 kemalangan
Daripada jumlah itu, 10 kes kemalangan maut direkodkan dengan tiga daripadanya adalah penunggang motosikal.
Op Selamat 19: 1,591 kemalangan direkod pada hari kelapan
Mat Kasim Karim berkata, statistik kemalangan itu membabitkan 1,891 kenderaan.
58 kematian setakat empat hari Op Selamat 19
Sebanyak 52 kemalangan maut melibatkan 58 kematian direkodkan di seluruh negara setakat empat hari pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina.
Op Selamat 19: Tujuh kematian akibat kemalangan jalan raya di Johor sejak Rabu lepas
Enam kemalangan maut membabitkan tujuh kematian direkodkan di Johor setakat hari ketiga Op Selamat 19 yang bermula sejak Rabu lepas.
PDRM guna dron pantau trafik di Lebuhraya Utara Selatan
PDRM sentiasa komited dalam memastikan kelancaran lalu lintas untuk keselesaan dan keselamatan semua pengguna jalan raya.
Op Selamat 19: 909 saman dikeluarkan di Perak dalam tempoh 2 hari
Sejumlah 909 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di negeri ini, sepanjang dua hari Op Selamat ke-19 yang dijalankan bersempena Tahun Baharu Cina.