awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Selamat 20: 1,551 kemalangan direkodkan semalam

Bernama
Bernama
25/04/2023
09:15 MYT
Op Selamat 20: 1,551 kemalangan direkodkan semalam
Kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790 atau 76.9 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia merekodkan 1,551 kemalangan pada hari kelima Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan jumlah itu membabitkan 2,327 kenderaan pelbagai jenis.
"Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790 atau 76.9 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam.
"Ia diikuti motosikal (315), kenderaan pacuan empat roda (103), kenderaan pelbagai guna (63), van (43), lori (lapan), bas (tiga) dan dua kes kemalangan melibatkan teksi," menurut hantaran itu.
JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan.
Op Selamat 20 dilaksanakan selama tujuh hari bermula 20 April lepas bertemakan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Selamat
#Hari Raya Aidilfitri
#Hari Raya 2023
#bilangan kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan