awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Selamat 23: Kemalangan menurun 13 peratus tahun ini

Amirul Aiman
Amirul Aiman
29/01/2025
03:50 MYT
Op Selamat 23: Kemalangan menurun 13 peratus tahun ini
pengguna jalan raya diseru agar terus berdisiplin di jalan raya, terutama dalam tempoh lima hari terakhir operasi yang akan berakhir pada 2 Februari. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah kemalangan dalam Op Selamat 23 menunjukkan penurunan ketara sebanyak 13% berbanding tahun lalu, menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 1,696 kemalangan direkodkan sepanjang operasi kali ini, berbanding 1,993 kes dalam Op Selamat 21, tahun lalu.
Katanya, ini menunjukkan pengurangan sebanyak 257 kes, mencerminkan keberkesanan langkah keselamatan jalan raya yang dilaksanakan.
"Dari segi kemalangan maut, tahun ini hanya mencatatkan tiga kes berbanding 15 kematian dalam Op Selamat 21.
“Ini satu penurunan drastik yang sangat baik, iaitu sebanyak 12 kematian," katanya dalam wawancara bersama AWANI Pagi pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau menyeru pengguna jalan raya agar terus berdisiplin di jalan raya, terutama dalam tempoh lima hari terakhir operasi yang akan berakhir pada 2 Februari.
Beliau menekankan kepentingan sikap bertoleransi, mematuhi papan tanda dan arahan trafik bagi memastikan trend penurunan kemalangan dapat diteruskan.
Op Selamat 23 dilaksanakan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, dengan fokus utama kepada pemantauan keselamatan jalan raya dan pencegahan kemalangan bagi memastikan perjalanan orang ramai lebih selamat.
Topic Berkaitan
#Op Selamat 23
#Nahas
#jalan raya
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan