awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Selamat: 28 pelajar antara 92 orang ditahan di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/05/2022
05:37 MYT
Op Selamat: 28 pelajar antara 92 orang ditahan di Ipoh
Antara motosikal yang disita oleh polis dalam Op Samseng Jalanan sempena Op Selamat di Station 18 di Ipoh, Perak pada awal pagi Ahad. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Polis menahan 92 orang termasuk 28 pelajar sekolah dan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dalam Op Samseng Jalanan sempena Op Selamat di Station 18 di sini, pada awal pagi Ahad.
Kesemua mereka berusia antara 15 hingga 26 tahun dengan tiga daripadanya adalah perempuan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, polis turut menahan 76 buah motosikal di samping mengeluarkan 241 saman kerana pelbagai kesalahan.
Antara kesalahan yang direkodkan, kata Yahaya, tiada lesen memandu, tiada perlindungan insuran, tidak mematuhi lampu isyrat dan lain-lain lagi.
Operasi yang bermula pukul 1 pagi itu disertai dua pegawai kanan dan 60 anggota lain-lain pangkat, dengan dibantu 10 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Menurut Yahaya, daripada ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap 82 orang, dua daripada mereka didapati positif Methamphetamine dan akan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Dalam masa sama, Yahaya menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memberi perhatian kepada anak-anak khususnya yang tidak nempunyai lesen memandu.
“Polis akan mengambil tindakan tegas termasuk mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan berdaftar yang dibawa anak-anak mereka yang tidak mempunyai lesen memandu,” kata beliau dalam sidang media selepas Op Samseng Jalanan di Cawangan Penguatkuasaan Trafik Ipoh pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Op Selamat
#28 pelajar ditahan
#Op Samseng Jalanan
#Ketua Polis Daerah Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan