awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Tapis berkas 446 tokan dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
20/01/2023
08:50 MYT
Op Tapis berkas 446 tokan dadah
Operasi itu turut menahan 183 orang dikehendaki berkaitan jenayah narkotik. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seramai 446 tokan dadah ditahan menerusi Operasi Tapis Khas Siri 1/2023 di kawasan ladang di Felda, Felcra, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perkampungan nelayan di seluruh negara pada 17 hingga 19 Januari lalu.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi kenyataan di Facebook rasminya berkata, operasi itu turut menahan 183 orang dikehendaki berkaitan jenayah narkotik.
Menurut kenyataan itu, JSJN juga merampas 894 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah, 53.23 liter pelbagai jenis cecair dadah, 647.6 kg daun ketum dan 695.61 liter air ketum yang membawa nilai rampasan adalah sebanyak RM 4.64 juta.
"Menerusi operasi itu juga JSJN menahan tujuh lelaki dengan rampasan 840.7 kg ganja yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta di Pulau Pinang dan Perak.
"Selain itu, JSJN turut menahan seorang lelaki dengan rampasan sejumlah 39.8 kg serbuk ekstasi yang dianggarkan bernilai RM1.9 juta di Sarawak," ujarnya.
Tambah kenyataan itu lagi, sebanyak empat laras senapang, sepucuk pistol, 57 peluru hidup dan sebilah pedang 'samurai' berjaya dirampas sepanjang operasi itu
"JSJN akan terus berusaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah.
"JSJN berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka ke Hotline JSJN di talian 012-208 7222," katanya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tokan dadah
#daun ketum
#ganja
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan