KUALA LUMPUR: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM10.3 juta dalam operasi, Op Tapis Khas Siri 2 di 125 kawasan penempatan rancangan Felda dan 222 kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam operasi selama tiga hari mulai Rabu lepas itu, polis turut menahan 3,668 orang termasuk 116 rakyat asing berusia antara 14 hingga 60 tahun.
"Seorang penuntut institut pengajian tinggi awam selain enam pelajar sekolah menengah antara yang ditahan kerana memiliki bekalan dadah dan positif ujian saringan awal," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata antara dadah yang dirampas dalam operasi itu adalah heroin seberat 5.79 kilogram (kg); syabu (279.16 kg); ketamin (29.8kg); ganja (1.03kg); pil erimin 5 (1.5kg); pil yaba (1.68kg); ekstasi (545.70 gram); serbuk ekstasi (71.20 gram); daun ketum (455.5kg); pil psikotropik (204.24gm); air ketum 269.05 liter; satu batang pokok ganja; dan 14.55 liter ubat batuk.
Menurutnya mereka yang ditahan dalam serbuan pada 23 hingga 25 Feb itu terdiri daripada 3,512 lelaki dan 156 wanita.
"Tangkapan itu turut melibatkan 572 pengedar dadah; 1,850 penagih dan 185 orang yang dikehendaki atas pelbagai kesalahan dadah," katanya.
Beliau berkata mereka yang ditahan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,Akta Racun 1952 serta ADB Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Ayob Khan berkata dalam serbuan di Jerantut, Pahang polis merampas sepucuk pistol tiruan, manakala selaras senapang berserta 17 butir peluru dirampas dalam serbuan di Selama, Perak dan selaras senapang patah dan senapang angin serta 18 butir peluru pula dirampas di Lawas, Sarawak.
Selain itu, JSJN turut menyita pelbagai aset yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta melibatkan wang tunai lebih RM159,000; barangan kemas bernilai lebih RM18,000; 22 kereta bernilai lebih RM553,000; 52 motosikal bernilai lebih RM276,000, selain sebuah topi keledar jenama Shoei bernilai RM700.
Sementara itu, mengulas mengenai penemuan kes berkaitan dadah di kawasan-kawasan Felda dan PPRT menerusi operasi khas itu, Ayob Khan berkata ia bukanlah sesuatu yang baharu dan tidak melibatkan semua kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay (dua, kiri) bercakap pada sidang media mengenai Operasi Tapis Khas Siri Dua di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Op Tapis Khas 2: Polis rampas dadah bernilai lebih RM10 juta
Dalam operasi selama tiga hari mulai Rabu lepas itu, polis turut menahan 3,668 orang termasuk 116 rakyat asing berusia antara 14 hingga 60 tahun.