awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OpenAI cipta AI bolehkan kawalan peranti bagi menggantikan pekerja manusia

Amanz
Amanz
08/02/2024
03:48 MYT
OpenAI cipta AI bolehkan kawalan peranti bagi menggantikan pekerja manusia
Humane AI Pin dan Rabbit R1, dua peranti AI yang telah diumumkan dipasarkan dengan kemampuan yang serupa. -Gambar hiasan/Amanz
DALAM kajian yang dilakukan MIT tahun lalu, mereka melaporkan AI yang benar-benar boleh menggantikan manusia masih berdekad lamanya menjadi realiti.
Kecekapan manusia dalam menjalankan tugas menggunakan penglihatan sahaja mengalang AI daripada membuatkan jutaan manusia kehilangan kerja.
The Information hari ini melaporkan OpenAI sedang membangunkan dua “ejen” yang boleh mengambil alih kawalan sesebuah peranti sebelum melakukan tugasan yang diberikan kepadanya.
Ejen ialah perisian AI yang dibangunkan untuk melakukan tugas tertentu. Dua ejen dilaporkan sedang dibangunkan OpenAI.
Yang pertama mengambil alih peranti pemilik (mungkin sebuah PC) dan melakukan tugas kompleks yang selama ini memerlukan manusia.
Yang kedua pula boleh ditugaskan melakukan kerja berasaskan web seperti membeli tiket kapal terbang dan mengumpul data pengguna.
Dengan kata lain, kedua-dua ejen melakukan proses automasi tugas-tugas manusia di pejabat.
Pihak OpenAI belum mengeluarkan komen mengenai laporan ini.
Yang pasti konsep ejen di sini bukanlah sesuatu yang baharu. Humane AI Pin dan Rabbit R1, dua peranti AI yang telah diumumkan dipasarkan dengan kemampuan yang serupa.
Pembangun Rabbit R1 menunjukkan demo Rabbit OS diajar melakukan tugas menggunakan kamera.
Apabila sudah dilatih, ia kemudiannya melakukan tugasan yang sama semula tanpa pengawasan. -Amanz
Topic Berkaitan
#OpenAI
#ganti pekerja manusia
#Humane AI Pin
#Rabbit R1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan