awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OpenAI tangguh pengenalan GPT-5, perkenal model o3 terlebih dahulu

Amanz
Amanz
06/04/2025
03:30 MYT
OpenAI tangguh pengenalan GPT-5, perkenal model o3 terlebih dahulu
Altman (foto) umum memperkenalkan model kecerdasan buatan generasi baharu, o3 dan juga o4-mini, dalam beberapa minggu akan datang. -Gambar fail
SAM Altman, CEO OpenAI, berkongsi bahawa mereka akan memperkenalkan model kecerdasan buatan generasi baharu, o3 dan juga o4-mini, dalam beberapa minggu akan datang.

Ringkasan AI
  • OpenAI akan memperkenalkan model kecerdasan buatan generasi baharu, o3 dan o4-mini, dalam beberapa minggu akan datang selepas menangguhkan pengenalan GPT-5.
  • Model "o" akan memfokuskan kepada sokongan penaakulan, memberikan jawapan yang lebih baik dengan mempertimbangkan pelbagai aspek pertanyaan.
  • GPT-5 dijangka hadir dalam beberapa bulan lagi, menyatukan pelbagai model di bawah satu, termasuk suara, Canvas, carian, penaakulan, dan kajian mendalam.

Perkongsian ini hadir selepas OpenAI sebelum ini mempertimbangkan untuk membatalkan pengenalannya dan terus menyasarkan kepada pengenalan GPT-5.
Kini, OpenAI melihat untuk memperkenalkan model berkenaan kembali selepas pembangunan GPT-5 dilihat mengambil masa yang lebih lama.
Model “o” akan memfokuskan kepada sokongan penaakulan, memberikan jawapan yang lebih baik selepas mengambil kira pelbagai perkara berkenaan sesuatu pertanyaan.
change of plans: we are going to release o3 and o4-mini after all, probably in a couple of weeks, and then do GPT-5 in a few months. there are a bunch of reasons for this, but the most exciting one is that we are going to be able to make GPT-5 much better than we originally
— Sam Altman (@sama) April 4, 2025
GPT-5 disasarkan untuk menyatukan pelbagai model di bawah satu – sekali gus memudahkan pengguna dan tidak perlu bertukar-tukar antara model biasa dan model yang memfokuskan penaakulan.
Penangguhan ini dikatakan bertujuan untuk menjadikan GPT-5 lebih baik berbanding sebelum ini.
Ia juga dilihat lebih mencabar untuk mengintegrasikan semuanya dalam satu penawaran.
GPT-5 dijangka hadir dalam masa beberapa bulan lagi, yang akan menyatukan pelbagai model di bawah satu, termasuk suara, Canvas, carian, penaakulan, dan kajian mendalam melalui model berkenaan.
Sama-sama kita nantikan pengenalan lanjut model OpenAI seterusnya dalam masa terdekat ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#OpenAI
#kecerdasan buatan
#o3 dan o4-mini
#GPT-5
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan