MALAYSIA
Operasi 20 jam setiap hari kawal kebakaran tapak pelupusan haram di Rawang

Kira-kira 50 peratus kawasan telah dipadamkan menggunakan kaedah 'serangan langsung' dan bantuan jentera berat seperti excavator untuk menggali serta memadam sisa kebakaran. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kebakaran di kawasan seluas 1.64 hektar di tapak pelupusan sampah haram di Rawang yang mula dikesan sejak Ahad lepas memaksa Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor giat melakukan operasi pemadaman selama 20 jam sehari bagi mengawal kebakaran.
Ringkasan AI
- Kebakaran berlaku di kawasan seluas 1.64 hektar di tapak pelupusan sampah haram di Rawang sejak Ahad, dengan operasi pemadaman dijalankan selama 20 jam sehari oleh JBPM Selangor.
- Kira-kira 50 peratus kawasan telah dipadamkan menggunakan kaedah serangan langsung dan bantuan jentera berat seperti excavator untuk menggali serta memadam sisa kebakaran.
- Beberapa tompokan panas masih dikesan dan operasi diteruskan dengan bantuan dron inframerah; tiada mangsa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.
Ahmad Mukhlis berkata beberapa tompokan panas turut dikesan di lokasi berbeza sekitar kawasan yang terjejas dan usaha pemadaman masih diteruskan.
"Penggunaan dron yang dilengkapi dengan pengesanan inframerah turut digunakan bagi mengenal pasti tompokan panas di lokasi tersebut dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat manakala punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami