awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi Benteng: 20 PATI, tiga penyeludup ditahan - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/11/2020
09:08 MYT
Operasi Benteng: 20 PATI, tiga penyeludup ditahan - Ismail Sabri
Ismail Sabri menegaskan, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Seramai 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta tiga penyeludup ditahan pasukan penguat kuasa dalam Operasi Benteng, pada Sabtu.
Turut dirampas adalah sembilan buah kenderaan darat.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.
"Agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus," katanya dalam kenyataan media di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melakukan 35 operasi sanitasi meliputi sembilan zon merah, tiga zon jingga, enam zon kuning dan sembilan Zon Hijau yang melibatkan 10 buah negeri dan dua di Wilayah Persekutuan.
"Sebanyak sembilan operasi sanitasi dilakukan di Pahang, Sabah (lapan operasi), Pulau Pinang (lima operasi) manakala Johor dan Kedah masing-masing tiga operasi, sementara Negeri Sembilan, Perak, Kelantan, Selangor, Perlis, Kuala dan Labuan, satu operasi di setiap negeri," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#penyeludup
#Operasi Benteng
#COVID-19
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#operasi sanitasi
#Sempadan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan