awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi carilamat kesan dua lagi mangsa nahas bot karam ditangguh

Bernama
Bernama
12/08/2024
12:31 MYT
Operasi carilamat kesan dua lagi mangsa nahas bot karam ditangguh
Muhammad Faisal berkata pencarian melibatkan keluasan 318 batu nautika persegi dari lokasi kejadian sehingga Pulau Tenggol di perairan Paka, Dungun hari ini, tidak membuahkan sebarang hasil. - Gambar fail/Bernama
CHUKAI: Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua lagi mangsa yang masih hilang dalam nahas bot karam di perairan Kemaman di sini, ditangguhkan pukul 7 malam ini, kata Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman Muhammad Faisal Abdul Rahim.
Beliau berkata pencarian melibatkan keluasan 318 batu nautika persegi dari lokasi kejadian sehingga Pulau Tenggol di perairan Paka, Dungun hari ini, tidak membuahkan sebarang hasil mengesan Yusof Kassam, 66, dan Aina Husna Mohamad Husaini, 25.
"Operasi melalui pencarian jalan laut dan udara bermula pukul 7 pagi hingga sekarang tidak menemukan sebarang petunjuk sama ada mayat atau bangkai bot. Lokasi bot kita tak dapat nak pastikan sama ada masih berada di situ atau hanyut ke tempat lain.
"Esok, insya-Allah kita mula pada waktu sama dan akan luaskan lagi kawasan pencarian iaitu sehingga perairan Kuala Terengganu menggunakan aset udara," katanya pada sidang media di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kemaman di sini hari ini.
Cuaca hari ini katanya, tidak menyebelahi pasukan pencarian kira-kira pukul 3 petang dengan keadaan laut bergelora sekali gus menyukarkan aset-aset laut operasi carilamat membuat pengesanan Yusuf dari Raub, Pahang dan Aina Husna dari Selayang, Selangor.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi semalam, sebuah bot nelayan yang membawa sembilan individu untuk mencandat sotong dan memancing di kedudukan tujuh batu nautika atau 13 kilometer dari pantai perairan Kemaman dilaporkan dilanggar sebuah tongkang sebelum karam.
Dua daripada mereka ditemukan lemas setakat 1 tengah hari semalam, manakala lima lagi selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#bot karam
#nelayan
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan