awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi carilamat seorang lagi warga Turkiye diteruskan

Bernama
Bernama
02/08/2025
02:10 MYT
Operasi carilamat seorang lagi warga Turkiye diteruskan
Demirkol (gambar) merupakan salah seorang peserta pelayaran yang merancang melakukan siri jelajah mengelilingi benua dari Malaysia ke Turkiye pada Isnin lepas. - Foto Maritim Terengganu dan PDRM
KUALA TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) seorang lagi warga Turkiye Eser Demirkol yang hilang selepas Kapal Layar Daisy dinaiki karam di perairan Pulau Yu di sini, diteruskan untuk hari ketiga hari ini.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu dalam kenyataan hari ini berkata pencarian mangsa dan kapal layar tersebut kini menumpukan pada sektor merangkumi 73.5 batu nautika persegi.
Kenyataan tersebut memaklumkan operasi yang bermula 7 pagi tadi melibatkan aset udara dan laut milik Maritim Malaysia dan Polis Marin.
"Selain itu penyelam Maritim Malaysia juga dijangka akan membuat selaman hari ini," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini dilaporkan, tiga lelaki warganegara Turkiye iaitu kapten kapal Ahmet Volkan Ata, 52, Ates Demiroren, 42, dan Demirkol, 52, yang merupakan peserta pelayaran merancang melakukan siri jelajah mengelilingi benua dari Malaysia ke negara asal mereka pada Isnin lepas.
Kapal Layar Daisy yang karam. - Foto Maritim Terengganu dan PDRM
Kapal Layar Daisy yang karam. - Foto Maritim Terengganu dan PDRM
Bagaimanapun, pada petang Selasa kapal layar itu dilanda ribut dan dipercayai karam di perairan Pulau Yu.
Demiroren dijumpai dan diselamatkan oleh nelayan tempatan tengah hari Khamis manakala Volkan Ata ditemui selamat pada malam hari yang sama oleh bot nelayan tempatan setelah lebih 40 jam berenang di laut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi carilamat
#kapal layar
#warga Turkiye
#Maritim Terengganu
#jelajah mengelilingi benua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan