awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi feri di terminal penumpang Kuala Kedah ditutup hingga Sabtu ini

Bernama
Bernama
19/09/2024
10:15 MYT
Operasi feri di terminal penumpang Kuala Kedah ditutup hingga Sabtu ini
Gangguan operasi feri akibat angin kencang dan laut bergelora sejak Selasa hingga Sabtu ini telah menyebabkan sejumlah 12,532 penumpang terjejas. - Gambar fail/Konsortium Ferrylines
ALOR SETAR: Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara hingga Sabtu ini berikutan amaran angin kencang dan laut bergelora di Selat Melaka Utara oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata gangguan operasi feri akibat angin kencang dan laut bergelora sejak Selasa hingga Sabtu ini telah menyebabkan sejumlah 12,532 penumpang terjejas.
"Feri tambahan akan diaktifkan semaksimum mungkin melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis berdasarkan keupayaan terminal menerima jumlah feri pada satu-satu masa berdasarkan kelulusan Jabatan Laut Malaysia.
"Sepanjang penutupan sementara Terminal Penumpang Kuala Kedah ini, penumpang-penumpang dinasihatkan untuk menukar laluan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis sehingga cuaca kembali pulih," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata penumpang yang terjejas boleh menuntut bayaran balik atau menukar tarikh perjalanan daripada pihak konsortium.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi feri
#terminal penumpang
#Kuala Kedah
#MetMalaysia
#laut bergelora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan