GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menamatkan penugasan penghantaran 20.8 tan metrik bekalan makanan ke 56 kampung membabitkan lima pos Orang Asli, yang terputus jalan perhubungan darat, semalam.
Komander Operasi Amir Fitri Salim berkata keadaan cuaca yang sangat baik ketika penugasan antara faktor membolehkan operasi ke Pos Gob, Pos Bihai, Pos Balar, Pos Belatim dan Pos Simpor berjalan lancar dan tamat mengikut jadual ditetapkan.
Beliau secara keseluruhan 25 anak kapal berjaya melakukan 16 penerbangan sepanjang empat hari operasi yang bermula Isnin lepas, dengan dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Secara keseluruhannya pada hari pertama kita berjaya menghantar 4,731 kilogram (kg) bekalan makanan, hari kedua (6, 270 kg), hari ketiga (5,510 kg) dan hari keempat (4,290 kg).
"Penerbangan dimulakan ke Pos Gob pada hari pertama dan destinasi terakhir ke Pos Simpor, semalam. Alhamdulillah cuaca sangat baik, hujan renyai-renyai hanya sekejap sebelum kami ke Kampung Halak dan Kampung Rekom," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Amir Fitri berkata selain melakukan penerbangan ihsan membantu pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menghantar bekalan, pada masa yang sama anak kapal turut melaksanakan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) di beberapa kampung terlibat.
"Kita bersyukur operasi menggunakan sebuah pesawat kategori berat helikopter jenis Mi-171 berjaya diselesaikan sepenuhnya dan anggota akan berlepas pulang ke Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, hari ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Simpor Vincent Baku Hasan, 33, bersyukur atas keprihatinan JAKOA menjaga kebajikan mereka walaupun berada jauh di pedalaman.
"Penduduk sangat teruja menantikan ketibaan helikopter selepas mendapat tahu akan menerima bantuan bekalan makanan daripada JAKOA.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JAKOA, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, JBPM dan Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Mohd Syahbuddin Hashim kerana mengingati kami di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
Amir Fitri berkata selain melakukan penerbangan ihsan membantu pihak JAKOA menghantar bekalan, pada masa yang sama anak kapal turut melaksanakan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) di beberapa kampung terlibat. - Gambar Bernama
Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.
Serie A: Saya pilih nombor 32 kerana Beckham - Kyle Walker
Kapten Manchester City, Kyle Walker, menyertai kelab gergasi Itali, AC Milan, secara pinjaman untuk baki saingan musim ini.
Gencatan senjata: UNRWA edar bantuan makanan di utara Gaza
Menurut agensi tersebut di platform media sosial, sebaik sahaja gencatan senjata berkuat kuasa, pasukan UNRWA telah bekerja tanpa henti untuk mula mengedarkan bantuan makanan di utara Gaza.
Kakitangan hospital Israel siap sedia pembebasan tahanan
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Trump lawat kawasan terjejas kebakaran Los Angeles
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Wanita Pertama Melania Trump melawat sebuah kawasan kejiranan yang musnah akibat kebakaran kejiranan Pacific Palisades, di barat laut Los Angeles pada Jumaat
Dua ekor panda China tampil di Zoo Washington
Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulungĀ kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat.
Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.
PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik
Perdana Menteri sentiasa teguh dalam memperjuangkan kebebasan badan kehakiman, walaupun pernah menjadi mangsa kepada sistem kehakiman yang dipengaruhi oleh agenda politik.
Dua panda baharu dari China tampil di Zoo Negara Washington
Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulung kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat.
KDN perkukuh kawalan sempadan Malaysia-Thailand, tangani jenayah rentas negara
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari
Penambahbaikan itu bertujuan menjaga kebajikan anggota bomba serta memastikan mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang baik.
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
Hanya 30 peratus anggota bomba Pulau Pinang dibenarkan cuti Tahun Baharu Cina
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hanya membenarkan 30 peratus daripada 935 pegawai dan anggotanya bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.
Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Treler minyak sawit terbabit kemalangan di Bidor
Tiada mangsa mengalami kecederaan, tetapi treler yang membawa kira-kira 45 tan metrik minyak sawit mengalami kebocoran setelah dilanggar sebuah lori lain.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.