PUTRAJAYA:Operasi Kedai Tenaga dan bacaan meter elektrik oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) diteruskan seperti biasa, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata semua perkhidmatan pembekalan elektrik yang lain seperti penyambungan bekalan baharu, pembaikan kerosakan dan perkhidmatan pelanggan TNB CareLine di talian 15454 serta Facebook TNB CareLine, juga berjalan seperti biasa.
"Sepanjang tempoh PKP ini juga, tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan oleh TNB demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shamsul Anuar berkata, bagi urusan transaksi atau pembayaran, pihak pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan transaksi dalam talian, yang boleh dicapai menerusi laman sesawang TNB dan aplikasi myTNB.
Pengguna dinasihatkan untuk mengamalkan penggunaan elektrik berhemah dan cekap, sepanjang tempoh PKP kerana dijangkakan penggunaan elektrik isi rumah akan meningkat lebih tinggi daripada kebiasaan, seperti yang dialami semasa tempoh pelaksanaan PKP terdahulu.
"Ini berikutan ramai pihak pengguna mematuhi arahan duduk di rumah, bekerja dari rumah dan anak-anak pula menghadiri sesi pembelajaran secara dalam talian", katanya.
Shamsul Anuar berkata antara tindakan yang boleh diamalkan di rumah dengan mematikan suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai menggunakannya dan tidak membiarkan penghawa dingin, kipas dan lampu, terpasang dalam bilik yang kosong.
Beliau juga menyarankan pengguna memanfaatkan Program SAVE 2.0, untuk mendapatkan e-rebat RM200 bagi membeli penyaman udara dan peti ais cekap tenaga, sebagai langkah untuk menjimatkan bil elektrik di rumah masing-masing.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, mengumumkan pelaksanaan semula PKP selama 14 hari di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, bermula hari ini sehingga 26 Jan.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam, memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos, sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Operasi Kedai Tenaga dan bacaan meter elektrik oleh TNB diteruskan seperti biasa, sepanjang tempoh pelaksanaan PKP dan darurat. - Gambar fail
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611767988_infografikjanuari.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)
KKM memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan 2 kluster komuniti.

Geng Habib | Sindiket palsu keputusan ujian COVID-19 tumpas
Polis menangkap lima lelaki warga Pakistan yang terlibat dalam kegiatan menjual dan membeli surat ujian COVID-19 yang negatif.

ACL 2021 | JDT satu kumpulan dengan Jiangsu, Nagoya Grampus
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), satu-satunya pasukan mewakili Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan berentap dalam Kumpulan G selepas keputusan penuh undian diumumkan.

Vaksin COVID-19 | Myanmar mulakan program vaksin petugas kesihatan
Petugas kesihatan Myanmar menjadi kumpulan pertama yang diberi vaksin COVID-19 di negara berkenaan. Ia genap lima hari selepas vaksin pertama itu diterima dari India.

PKP 2.0 | Tubuh badan khas yang lebih ketat
Beberapa sektor ekonomi perlu diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887479/8967789641611764359059_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari, dia sering datang ke pusat internet komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

10 Berita Pilihan - (27 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SPM | Astro Tutor TV saji program 30 hari menjelang SPM
Mulai 23 Januari (Sabtu) ini, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, '30 Hari Menjelang SPM' di platform Astro Tutor TV.

Perkeso siasat kegiatan palsukan dokumen tuntutan faedah
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti kewujudan sebarang kegiatan pemalsuan dokumen rekod pesakit bagi tujuan tuntutan faedah. Ia susulan kes pemalsuan dokumen bagi tujuan tuntutan faedah melibatkan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Pulau Pinang pada 25 Januari lepas.

Operasi Kedai Tenaga, bacaan meter seperti biasa
Operasi Kedai Tenaga dan bacaan meter elektrik oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) diteruskan seperti biasa, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat.