awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit kekal mengukuh di bawah paras 4.00 dipacu sentimen positif
Bekalan air lebih 13,000 akaun pengguna AKSB di Tanah Merah terjejas esok
JKN Kedah rampas produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM13.4 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi pembersihan tumpahan arang batu di Pantai Teluk Kalong bermula

Bernama
Bernama
27/01/2026
10:04 MYT
Operasi pembersihan tumpahan arang batu di Pantai Teluk Kalong bermula
Kerja-kerja membersih pantai berkenaan dijangka mengambil masa memandangkan sebahagian arang batu itu berada di dasar laut. - Bernama
CHUKAI: Operasi pembersihan Pantai Teluk Kalong dekat sini yang tercemar dengan tumpahan 7,000 tan metrik arang batu daripada sebuah tongkang yang hanyut dan pecah, mula dijalankan semalam.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu Hamzah Mohamad berkata wakil syarikat tongkang terlibat telah melantik kontraktor bagi melakukan kerja-kerja pembersihan melibatkan kawasan sejauh 1.2 kilometer.
Beliau berkata kerja-kerja membersih pantai berkenaan dijangka mengambil masa memandangkan sebahagian arang batu itu berada di dasar laut.
"Pegawai JAS akan melakukan pemantauan bagi memastikan pantai peranginan itu kembali bersih," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Hamzah berkata pada masa ini arang batu berkenaan dikumpul terlebih dahulu sebelum dibuang di kawasan lain.
"Pengunjung juga tidak perlu bimbang kesan terhadap alam sekitar ketika operasi berkenaan kerana arang batu tersebut bukan bahan buangan berjadual," katanya.
Sementara itu, tinjauan media hari ini mendapati sebuah jentera pengorek digunakan untuk membersihkan arang batu di sepanjang pantai berkenaan.
Pada masa sama, sebanyak 14 pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan secara manual dengan menggunakan penyodok sebelum arang batu itu diisi ke dalam guni.
Sebelum ini, media melaporkan JAS Terengganu menerima laporan berhubung pantai yang dicemari arang batu itu pada 11 Jan lepas.
Difahamkan tongkang yang membawa bahan bakar itu dalam perjalanan dari Indonesia ke Vietnam, namun terkandas di pantai berkenaan akibat tiupan angin yang kuat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembersihan
#arang batu
#pantai teluk kalong
#Kontraktor
#Jabatan Alam Sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan