awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi risikan halang perkembangan ideologi pengganas - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2021
04:26 MYT
Operasi risikan halang perkembangan ideologi pengganas - Penganalisis
Jelas Ahmad Sauffiyan, terma pengganas sendiri pada masa ini sudah menjadi sesuatu yang sangat sensitif. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Operasi risikan dan tangkapan dari pihak berkuasa yang proaktif telah berjaya menghalang perkembangan ideologi pengganas.
Bagaimanapun, penganalisis perang saraf media, Ahmad Sauffiyan Hasan menjelaskan, di Malaysia biasanya ia bermula sebagai pengikut seperti golongan simpatizer dan lone wolf yang terpengaruh dengan ideologi kumpulan tertentu melalui sumber internet.
"Sejak sebelum dunia dilanda pandemik lagi, kumpulan-kumpulan ini sudah merekrut ahli melalui media sosial.
"Mereka juga ada pasukan media sendiri yang mampu membina kandungan media berkualiti untuk menarik dan mempengaruhi kumpulan sasaran mereka secara global.
"Aktiviti pergerakan yang jelas adalah perkembangan pengetahuan orang ramai mengenai kewujudan kumpulan-kumpulan seperti Taliban, Daesh, sel ISIS-K, Al-Qaeda, Kumpulan Mujahidin dan lain-lain," katanya semasa dihubungi pada Selasa.
BACA: Angka korban susulan letupan di lapangan terbang Kabul meningkat kepada 90
Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ancaman kumpulan militan perlu ditangani dengan tegas bermula dari peringkat akar umbi lagi, meskipun individu berkenaan hanya memiliki bahan bacaan.
Tegasnya, kumpulan-kumpulan tersebut ketika ini mempunyai rangkaian di peringkat serantau dan antarabangsa.
BACA: 'Jangan tunggu serangan berlaku, baru nak tangkap' - Ayob Khan kongsi isu ancaman keganasan di Malaysia
Dalam pada itu, jelas Ahmad Sauffiyan, terma pengganas sendiri pada masa ini sudah menjadi sesuatu yang sangat sensitif.
Katanya, situasi itu berikutan perkembangan dunia terhadap kegiatan yang berkaitan dengan pengganas itu sendiri.
"Contohnya jika 20 tahun dahulu Amerika Syarikat memerangi Taliban sebagai kumpulan pengganas, kini Taliban sudah menguasai kerajaan Afghanistan dan Amerika Syarikat pula meminta bantuan serta kerjasama Taliban untuk membantu askar mereka keluar dari negara itu dengan selamat," ujarnya.
Ayob Khan sebelum ini menjelaskan, pihaknya memantau kegiatan pengganas secara ‘lone wolf’ dan ‘wolf packs’ yang boleh mengancam keselamatan negara.
Jelasnya, berbeza dengan gerakan pengganas seperti Daesh, kegiatan pengganas itu tiada rangkaian dengan mana-mana sel militan dan lebih kepada gerakan kumpulan kecil iaitu enam ke tujuh anggota.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Al-Qaeda
#Daesh
#media sosial
#militan
#pandemik
#pengganas
#Taliban
#risikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan