awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GeForce NOW perkenal had permainan 100 jam sebulan mulai Januari, Malaysia tidak terkesan
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR cari lelaki warga emas hilang

Aida Aziz
Aida Aziz
27/06/2022
21:30 MYT
Operasi SAR cari lelaki warga emas hilang
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama membantu pihak polis untuk mencari warga emas tersebut. - Foto ihsan pembaca
SELAMA: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun dilaporkan hilang sejak jam 7 pagi di Kampung Sungai Malau Luar, Kubu Gajah di sini pada Isnin.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dikejarkan ke lokasi dilaporkan hilang sebaik menerima aduan jam 8.28 malam tadi.
Menurutnya lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama membantu pihak polis untuk mencari warga emas tersebut.
"Pihak bomba terima maklumat daripada polis yang memohon bantuan mencari mangsa hilang.
"Mangsa merupakan seorang lelaki Melayu berusia 67 tahun yang telah keluar dari rumah sejak jam 7 pagi tadi.
"Setelah itu mangsa tidak pulang ke rumah dan tidak kelihatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ujarnya setakat ini mangsa belum ditemui dan difahamkan penduduk kampung turut sama membantu mencari mangsa yang hilang.
Operasi pencarian yang diketuai oleh PBK II Zafir Abdul Hamid itu masih berjalan dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Topic Berkaitan
#warga emas
#hilang
#Zafir Abdul Hamid
#operasi mencari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan