awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki menyamar anggota polis, ugut remaja perempuan ditahan
Saman sivil SRC: Najib akui RM42 juta dalam akaun peribadi bukan derma dari Arab Saudi
MCMC rakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR di Taman Prima Saujana dihentikan sementara, sambung semula 8 pagi - Polis

Bernama
Bernama
04/12/2025
22:00 MYT
Operasi SAR di Taman Prima Saujana dihentikan sementara, sambung semula 8 pagi - Polis
Anggota pasukan SAR terdiri daripada 35 anggota daripada JBPM, APM dan PDRM meneruskan operasi pencarian dua beradik yang dipercayai dihanyutkan arus deras di Taman Prima Saujana, malam tadi. --fotoBERNAMA
KAJANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang lagi remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras bersama adiknya ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana dihentikan sementara pada 12 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata keputusan itu dibuat berikutan keadaan cuaca yang semakin gelap serta arus sungai yang deras, selain demi keselamatan pasukan SAR.
"Operasi telah dijalankan sepanjang hari ini dengan bantuan orang awam dan akan disambung semula pada 8 pagi esok," katanya malam tadi.
Beliau berkata operasi SAR yang bermula sejak 6.50 petang semalam melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta dibantu penduduk setempat.
Setakat ini, seorang daripada mereka yang berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang selepas ditemukan pasukan SAR pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi mereka dilaporkan terjatuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Taman Prima Saujana
#Kajang
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan