awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR kenderaan jatuh ke dalam laut ditangguhkan

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2019
13:56 MYT
Operasi SAR kenderaan jatuh ke dalam laut ditangguhkan
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Rosman Ismail (tiga, kiri memberi penerangan kepada anggota pasukan polis marin dan bomba sebelum melakukan operasi mencari sebuah kereta yang terhumban ke dalam laut. - Foto BERNAMA
Operasi mencari dan menyelamat sebuah kereta bersama pemandunya yang terjatuh di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, awal pagi tadi ditangguhkan kira-kira jam 7 petang tadi berikutan keadaan cuaca yang semakin gelap.
Komander Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan di kawasan sekitar 25 meter persegi radius itu tidak menemui kereta jenis SUV Mazda CX-5.
Katanya operasi mencari dan menyelamat itu akan diteruskan pagi esok bersama Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Pihaknya juga akan menambah aset dan anggota untuk mencari mangsa.
"Operasi ini laksanakan sehingga lewat petang, dan sekarang ini sudah masuk jam 7 petang dan akan tangguh operasi ini dan akan disambung esok," katanya.
BACA: Polis kenal pasti pemandu kenderaan terjunam ke dalam laut
Menurutnya, operasi hari ini disertai kira-kira 20 pegawai dan anggota Polis Marin termasuk empat penyelam bersama pasukan bomba bersama lima buah bot dalam operasi yang bermula jam 7 pagi tadi.
Namun sehingga jam 7 petang, pihaknya tidak menemui kereta atau mangsa kemalangan berkenaan.
Beliau berkata demikian selepas menyertai operasi menyelamat di Jambatan Pulau Pinang pada Ahad.
Topic Berkaitan
#ACP Rosman Ismail
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Jambatan Pulau Pinang
#JBPM
#Komander Polis Marin
#mencari dan menyelamat
#pemandu
#polis marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan