NATIONAL
Operasi tangkap buaya, kawasan sekitar Tasik Shah Alam Seksyen 7 ditutup sementara

Penutupan sementara ini membabitkan aktiviti rekreasi di sekitar tasik seperti berjoging bermula 8 malam hingga 7 pagi iaitu sehingga operasi menangkap buaya selesai. -Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Kawasan rekreasi di sekitar Tasik Shah Alam Seksyen 7 di sini ditutup sementara bermula 8 malam ini bagi membolehkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menjalankan operasi menangkap buaya.
Ringkasan AI
- Kawasan rekreasi di sekitar Tasik Shah Alam Seksyen 7 akan ditutup sementara dari 8 malam hingga 7 pagi untuk operasi menangkap buaya oleh Perhilitan Selangor.
- Aktiviti rekreasi seperti berjoging dan memancing tidak dibenarkan sepanjang penutupan ini untuk memastikan keselamatan orang awam.
- Gerai makanan masih dibenarkan beroperasi seperti biasa sehingga 7 malam.
"Langkah ini diambil bagi memastikan keadaan sekeliling yang lebih sunyi semasa operasi selain memastikan keselamatan orang awam dan mengelakkan sebarang insiden tidak diingini," menurut kenyataan itu.
Menurut MBSA gerai makanan masih lagi dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tamat operasi perniagaan pada 7 malam.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila berada di kawasan Tasik Shah Alam sehingga operasi menangkap buaya selesai dijalankan.
Sebelum ini, Perhilitan Selangor dilaporkan memasang dua perangkap di tasik berkenaan bagi menangkap reptilia itu manakala MBSA memasang jaring di lima saluran air bagi mengelak haiwan berkenaan terlepas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami